KWSPPengeluaran Khas 2.0

Panduan Cara Membuat Pengeluaran Khas KWSP Melalui Akaun 2

Baru-baru ini sebuah petisyen sokongan berkenaan perlaksanaan pengeluaran khas KWSP telah dibuat. Ramai yang telah menandatangani petisyen tersebut dan telah mencecah 100 ribu yang menandatangani petisyen tersebut. Sehingga hari ini pihak kerajaan mahupun KWSP tidak mengumumkan apa-apa berkenaan perlaksanaan pengeluaran KWSP kali kedua.

Namun begitu, tahukah anda terdapat banyak jenis pengeluaran khas yang disediakan oleh pihak KWSP untuk tujuan peribadi yang tertentu yang boleh anda dapatkan selagi mengikut syarat yang telah ditetapkan.

Kepada ahli dan pencarum KWSP, sebenarnya anda dibenarkan untuk melakukan pengeluaran wang KWSP untuk tujuan peribadi di akaun 2 seperti membina atau ubah suai rumah sendiri, perubatan, pendidikan dan banyak lagi.

Pengeluaran KWSP Untuk Tujuan Peribadi Melalui Akaun 2

Di bawah telah disediakan maklumat ringkas berkenaan jenis pengeluaran KWSP yang anda boleh lakukan melalui akaun 2 seperti berikut.

Pengeluaran Untuk tujuan Membeli / Membina rumah sendiri

Pihak KWSP telah menyediakan perkhidmatan kemudahan untuk membantu para pencarum bagi memiliki rumah pertama sama ada melalui pembinaan rumah sendiri, rumah lelong, rumah subsale atau membeli rumah melalui permohonan Rumah Mesra Rakyat (RMR) 2022.

Pengeluaran Untuk Ibadah Haji

Bagi untuk mengurangkan beban kos menunaikan ibadah haji, pihak KWSP telah membenarkan pengeluaran dibuat dengan cara membuat permohonan pengeluaran i-akaun untuk pembelanjaan haji dan daftar haji dengan Lembaga Tabung Haji.

Pengeluaran Pembayaran Kos Rawatan Perubatan

Sekiranya ahli menghadapi masalah kesihatan dan melibatkan 36 jenis penyakit kritikal, anda boleh melakukan pengeluaran wang KWSP melalui akaun 2 bagi menampung kos rawatan dan pembelian alat kesihatan.

Pengeluaran Untuk Pendidikan

Kepada yang ingin melanjutkan pengajian tinggi perlu membayar yuran yang mahal untuk menikmati kemudahan universiti. Pihak KWSP telah memberikan pilihan adan kemudahan pengeluaran EPF untuk tujuan menampung pengajian anak ahli jika pinjaman PTPTN tidak mencukupi.

Sekiranya anda ingin mengetahui lebih terperinci berkenaan kemudahan atau perkhidmatan yang disediakan oleh pihak KWSP, anda boleh layari portal rasmi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) – https://www.kwsp.gov.my/ms/home

Maklumat Tambahan

Untuk sedia maklum, pada tahun 2022 pihak kerajaan telah memperkenalkan pelbagai jenis inisiatif khususnya bantuan berbentuk kewangan bagi membantu mereka yang memerlukan. Jika anda terlepas pandang dan ingin semak senarai bantuan yang ada pada tahun ini yang berkelayakan untuk anda mohon, sila ke Laman Utama yang telah disediakan – KLIK DI SINI

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button