BANTUANBINGKASeWallet

Bingkas : Bantuan eWallet RM300 Sebulan Untuk Kategori B40

Bingkas : Bantuan eWallet RM300 sebulan ditawarkan kepada keluarga yang berada dalam kategori B40 atau pendapatan bulanan RM3,000. Untuk makluman umum, program khas bantuan ewallet ini merupakan sebahagian inisiatif yang disediakan pada tahun ini.

BINGKAS : BANTUAN EWALLET RM300

Pihak kerajaan negeri telah memperkenalkan sebuah program pemberian bantuan berbentuk ewallet bernilai RM300 sebulan pada tahun sebelum ini. Atas keprihatinan kerajaan, program istimewa ini masih diteruskan bagi sesi tahun 2024.

Bantuan kehidupan sejahtera atau Bingkas ini diberi keutama kepada golongan isi rumah berpendapatan RM3,000 sebulan. Pada tahun lalu, sekitar 30,000 buah keluarga dapat menerima manfaat yang disalurkan secara percuma ini.

Kadar bayaran bantuan bingkas adalah berjumlah RM300 sebulan bersamaan RM3,600 dalam tempoh setahun. Kepada pemohon yang lulus, mereka boleh gunakan amaun kredit tersebut dengan membeli barangan keperluan asas di pasaraya berdaftar.

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN EWALLET RM300

Berikut adalah beberapa kriteria syarat kelayakan asas yang telah ditetapkan oleh kerajaan negeri bagi program bantuan kehidupan sejahtera RM300 sebulan ini seperti :

  • Dibuka kepada Warganegara Malaysia sahaja
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM3,000 sebulan
  • Keluarga yang mempunyai tanggungan berumur 18 tahun dan kebawah
  • Pemilih berdaftar
  • Lahir di Selangor atau telah menetap melebihi 10 tahun di Selangor

PANDUAN DAFTAR & MOHON BANTUAN EWALLET

Jika kalian berkelayakan dan memerlukan, permohonan boleh dikemukakan pada tahun ini. Panduan lengkap cara mohon telah disediakan, sila layari laman portal rasmi bantuan – Kehidupan Sejahtera (Bingkas)

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

Bagi memudahkan urusan semakan permohonan dilakukan, setiap pemohon perlu sediakan dokumen penting yang diperlukan seperti :

  • Salinan Kad pengenalan pemohon dan pasangan
  • Salinan kad pengenalan, mykid, surat lahir tanggungan/ anak
  • Salinan sijil kematian/ penceraian/ surat laporan polis untuk kategori ibu bapa tunggal
  • Salinan penyata gaji untuk penjawat awam
  • Salinan penyata EA atau KWSP untuk pekerja swasta
  • Surat pengesahan pendapatan dari ketua komuniti bagi bekerja sendiri atau tidak bekerja.

MAKLUMAT LANJUT

Kerajaan perpaduan pada tahun ini telah menyediakan lebih banyak kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan bagi meringankan beban rakyat Malaysia. Sila lihat senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk memohon – SEMAK DISINI untuk info lengkap maklumat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button