BANTUANBaucar

Panduan Cara Tebus Bantuan Kredit E-Wallet 2022 RM 150 One-off

Pada anda yang terlepas pandang, pihak kerajaan telah melancarkan Program E-Start 2022 iaitu sebuah Bantuan Skim Transaksi Tanpa Tunai untuk tujuan mula memupuk budaya transaksi tanpa tunai di premis dagangan e-wallet belia 2022 supaya sejajar dengan peredaran masa sekarang.

Baru-baru ini, Menteri Kewangan telah mengatakan Program E-Start akan mengkreditkan/ membayar RM 150 secara ”sekali bayar”ke dalam akaun e-dompet golongan para belia dan pelajar sepenuh masa di institusi pengajian tinggi bagi tahun 2022.

Pihak kerajaan telah memperuntukan RM 300 juta untuk Program E-Start ini dengan harapan dapt lebih 2 juta belia yang menerima bantuan ini akan menggunakan dengan sebaiknya melalui pembelian berguna seperti barangan berkaitan dengan pelajaran.

Program Skim E-Start 2022

Program E-Start adalah satu-satunya sebuah skim transaksi tanpa tunai yamg dilancarkan bagi tujuan memupuk budaya transaksi tanpa tunai di premis perniagaan yang ada.

Dalam Skim bantuan ini, kepada penerima akan mendapat RM 150 secara one-off dikreditkan terus ke dalam akaun e-dompet para belia yang berumur dari 18 hingga 20 tahun dan turut kepada pelajar sepenuh masa di institusi pengajian tinggi masing-masing.

Aplikasi e-Wallet belia seperti berikut :

  • Boost
  • Touch N Go eWallet
  • BigPay
  • GrabPay

Segala maklumat lanjut berkaitan Program Skim eWallet ini akan dikemaskini dan dimaklumkan dari semasa ke semasa oleh kementerian yang terlibat.

Kelayakan Permohonan

Untuk membuat sebarang permohonan, hanya pelajar IPT yang mencapai had umur yang ditetapkan iaitu 18 hingga 20 tahun dan pelajar sepenuh masa pada tahun 2022 dengan kadar kredit sebanyak RM 150 secara One-off.

Permohonan ini boleh dilakukan melalui aplikasi e-tunai yang telibat dan akan diumumkan oleh pihak kerajaan melalui kementerian pada masa yang terdekat nanti dan akan di kemaskini dari semasa ke semasa berkaitan program skim eWallet 2022.

Pada sidang Bajet 2022 baru-baru ini, terdapat banyak senarai bantuan tambahan yang telah diumumkan untuk tahun 2022, jika anda terlepas pandang atau ingin mengetahui lebih lanjut berkenaan senarai bantuan yang ada pada tahun 2022 dan anda berkelayakan untuk membuat permohonan, sila layari laman utama yang telah kami sediakan – DI SINI

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button