BANTUANSkim MesraYAWAS

Skim Mesra RM150 & RM500 : Check Kelayakan & Cara Mohon

Skim Mesra RM150 & RM500 kini ditawarkan kepada mereka yang berkelayakan memerlukan pada tahun ini. Untuk sedia maklum, pelbagai jenis inisiatif telah disediakan bagi meringankan beban rakyat Malaysia.

SKIM MESRA RM150 & RM500

Untuk makluman, pada tahun 2023 terdapat sebuah inisiatif telah disediakan yang dikenali sebagai Skim Mesra (SMUE) dan (SMIS). Dengan adanya insentif istimewa ini dapat memberi manfaat kepada penerima yang layak.

Terdapat 2 jenis bantuan yang disediakan melalui Skim Mesra ini iaitu baucar membeli belah sebanyak RM150 dan khairat kematian RM500. Dibawah dikongsikan maklumat ringkas yang perlu diketahui dalam skim mesra 2023.

BAUCAR BELI BELAH SKIM MESRA RM150

Manfaat insentif ini adalah seperti berikut :

  • Baucar RM150 diberikan setiap tahun secara automatik selagi ahli masih hidup
  • Tuntutan baucar selepas kematian tidak dibenarkan
  • Baucar boleh dituntut di Pusat khidmat DUN dengan membawa Kad pengenalan ahli berdaftar
  • Baucar boleh digunakan hanya di pasaraya yang telah ditetapkan
  • Baucar yang tidak digunakan dalam tempoh tiga bulan atau hilang tidak boleh diganti
  • Penerima perlu kemaskini maklumat nombor telefon terkini bagi mengelakkan terlepas sebarang info terbaru

KHAIRAT KEMATIAN RM500

Manfaat insentif ini adalah seperti berikut :

  • Tuntutan bantuan khairat kematian boleh dibuat dalam tempoh 6 bulan dari tarikh kematian ahli berdaftar
  • Khairat kematian boleh dituntut dari tarikh kematian bermula pada tarikh 1 Januari 2021
  • Sebarang tuntutan yang melewati tempoh enam bulan dari tarikh kematian tidak akan dibayar
  • Pembayaran akan dibuat kepada pewaris yang berdaftar

PANDUAN DAFTAR PERMOHONAN SKIM MESRA

Untuk sedia maklum kepada mereka yang kurang benasib baik dan berkelayakan, pendaftaran permohonan boleh dikemukakan secara online. Panduan daftar telah disediakan, sila layari laman rasmi Skim Mesra – DI SINI

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui lebih terperinci berkenaan skim mesra ini. Sila hubungi talian khas YAWAS di 03-5481 8800 atau emel ke [email protected].

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat lebih banyak kemudahan serta inisiatif berbentuk bantuan telah ditawarkan oleh kerajaan bagi meringankan beban kewangan rakyat yang terjejas. Sila semak senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk didapatkan – SEMAK DISINI untuk rujukan penuh.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button