Kanak-kanakPrasekolah 2023

Panduan Daftar Prasekolah Anak Secara Online Bagi Sesi 2023

Untuk makluman kepada semua para ibubapa yang mempunyai anak yang berumur 4 dan 5 tahun, anda boleh membuat pendaftaran anak anda ke prasekolah untuk sesi tahun 2023 melalui Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui sistem secara permohonan pendaftaran Online (Atas talian). Prasekolah merupakan pendidikan awal bagi kanak-kanak sebelum masuk ke alam persekolah dan amat disarankan kepada ibubapa untuk menhantar anak ke prasekolah.

Permohonan pendaftaran boleh dibuat secara online melalui sistem ePrasekolah KPM. Di bawah telah disediakan butiran berkenaan panduan daftar prasekolah bagi sesi tahun 2023.

ePrasekolah KPM

Untuk pengetahuan umum, selaras dengan perkembangan teknologi masa ini. Pihak KPM telah membangunkan satu sistem aplikasi ePrasekolah bagi dapat membantu memudahkan para ibubapa atau penjaga mendaftarkan anak mereka yang bakal menduduki prasekolah sesi 2023 secara online.

Tujuan utama prasekolah ini bagi kanak-kanak mendapatkan pendidikan awal yang sepatutnya dan dapat belajar secara positif bagi tumbesaran yang baik.

Syarat Kelayakan Kemasukan Prasekolah sesi 2023

  • Terbuka kepada kanak-kanak yang berstatus Warganegara Malaysia sahaja
  • Kanak-kanak yang lahir pada tarikh 1 Januari 2017 hingga 15 Januari 2019 yang layak untuk memohon

Tarikh Tempoh Permohonan Prasekolah sesi 2023

Untuk makluman umum, permohonan daftar kemasukan ke prasekolah KPM bagi tahun 2023 secara online telah dibuka bermula 1 Mac 2022 sehingga tarikh tutup pada 31 Mei 2022.

Panduan Cara Daftar Permohonan Prasekolah KPM 

Kepada para ibubapa dan penjaga anak yang berumur 6 tahun kebawah boleh membuat permohonan daftar anak ke prasekolah KPM bagi sesi 2023 secara online. Sila layari Laman Rasmi ePrasekolah KPM – DI SINI

Sila log masuk di laman tersebut dan ikuti langkah yang telah disediakan. Sila isi maklumat yang diperlukan sehingga selesai.

Nota : Kepada permohonan yang berjaya, anda akan ditawarkan tempat prasekolah yang dimohon. Sila cetak surat tawaran tersebut.

Bagi permohonan yang tidak berjaya, anda disarankan membuat rayuan bermula 5 Ogos 2022 nanti.

Semakan Status Keputusan Permohonan

Bagi tujuan semakan status keputusan permohonan eprasekolah sesi 2023 boleh dibuat bermula 5 Ogos 2022 nanti. Para ibubapa boleh membuat semakan di laman rasmi eprasekolah KPM yang telah disediakan diatas.

Untuk anak yang tidak berjaya dalam permohonan, tidak perlu khuatir. Pihak ibubapa atau penjaga boleh membuat rayuan secara online melalui laman rasmi yang sama pada tarikh 5 0gos 2022.

Maklumat Tambahan

Pada tahun 2022 terdapat pelbagai inisiatif telah diperkenalkan oleh pihka Kerajaan bagi rakyat yang memerlukan. Jika anda terlepas pandang dan ingin semak senarai inisiatif yang ada pada tahun ini khususnya berbentuk bantuan kewangan yang berkelayakan untuk anda mohon, sila ke Laman Utama yang telah disediakan – KLIK DISINI

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button