BANTUANSTRSTR 2024SumbanganTunaiRahmah

STR 2024 : Kadar Bantuan Tunai Mengikut Kategori Telah Diumum

STR 2024 : Kadar Bantuan tunai mengikut kategori kelayakan telah diumumkan oleh pihak kerajaan sehingga maksimum RM3,700. Inisiatif khas berbentuk bantuan kewangan ini adalah merupakan sebahagian peruntukan dalam Belanjawan 2024.

STR 2024 : KADAR BANTUAN TUNAI TELAH DIUMUM

Pihak kerajaan perpaduan telah mengumumkan bahawa pemberian bantuan Sumbangan Tunai Rahmah atau STR akan dibayar sehingga RM3,700. Apa yang menarik adalah inisiatif khas ini telah diperluaskan pada tahun 2024 yang akan memberi manfaat kepada lebih ramai penerima.

Seperti tahun lalu, kategori utama yang terlibat adalah keluarga (isi rumah), belia bujang dan warga emas. Jumlah keseluruhan ditentukan mengikut kelayakan kategori dan bilangan tanggungan anak berumur 18 tahun kebawah.

Pihak kerajaan telah bersetuju untuk meneruskan perlaksanaan program bantuan istimewa STR ini bagi membantu meringankan beban rakyat pada tahun 2024. Dengan adanya inisiatif seperti ini membuktikan pihak kerajaan amat prihatin dalam menjaga hal ehwal rakyat.

JUMLAH KADAR BANTUAN STR 2024 MENGIKUT KATEGORI

Untuk makluman umum, pemberian bantuan tunai STR ini diberikan pada kadar berbeza mengikut kelayakan yang bersesuaian dengan setiap kategori. Di bawah adalah jumlah keseluruhan bantuan tunai STR 2024 mengikut kategori seperti berikut.

KATEGORI BELIA BUJANG (21 – 59 TAHUN)

  • RM350

WARGA EMAS (60 TAHUN KEATAS)

  • RM600

KATEGORI KELUARGA/ ISI RUMAH (PENDAPATAN RM2,500/ B40)

  • Tiada anak (0) : RM1,000
  • Mempunyai tanggungan anak (1-2) : RM1,500
  • Mempunyai tanggungan anak (3-4) : RM2,000
  • Mempunyai tanggungan anak (5 keatas) : RM2,500

KELUARGA/ ISI RUMAH (PENDAPATAN RM5,000/ M40)

  • Tiada anak (0) : RM500
  • Mempunyai tanggungan anak (1-2) : RM750
  • Mempunyai tanggungan anak (3-4) : RM1,000
  • Mempunyai tanggungan anak (5 keatas) : RM1,250

Diatas adalah merupakan jumlah bayaran keseluruhan bantuan tunai STR mengikut kategori bagi tahun 2024. Pembayaran akan dipecahkan mengikut peringkat secara berfasa.

KEMASKINI MAKLUMAT & SEMAKAN STATUS STR 2024

Bagi pengetahuan umum, pembayaran STR fasa pertama (1) akan mula disalurkan tidak lama lagi pada bulan Februari 2024. Kepada penerima sedia ada, anda disarankan membuat pengemaskini maklumat dan semakan status STR bagi mengesahkan jumlah bersesuaian dengan maklumat terkini.

Untuk semakan status, kemaskini maklumat atau permohonan baharu, anda boleh lakukan secara online. Panduan lengkap telah disediakan, sila layari laman rasmi bantuan tunai – STR 2024

MAKLUMAT LANJUT

Pelbagai jenis kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh kerajaan bagi membantu meringankan beban rakyat. Kepada yang terlepas pandang, sila lihat senarai insentif bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk didapatkan – SEMAK DISINI sebagai rujukan umum.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button