BANTUANBLPJKMLatihan Perantis

BLP : Program Bantuan RM200 Sebulan Untuk Yang Memerlukan

BLP : Program Bantuan RM200 sebulan kini dibuka bagi sesi tahun 2024 kepada mereka yang berkelayakan dan memerlukan. Untuk makluman umum, inisiatif khas ini merupakan sebahagian bantuan di bawah Belanjawan 2024.

BLP : PROGRAM BANTUAN RM200 SEBULAN

Pihak kerajaan menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat telah memperkenalkan sebuah program yang dikenali sebagai Bantuan Latihan Perantis. Program khas BLP ini merupakan inisiatif bagi mereka yang berkelayakan pada tahun ini.

Pihak JKM menyediakan program istimewa ini bagi klien atau anak-anak penerima bantuan yang tercicir bagi mendapatkan manfaat yang ditawarkan. Bagi anak yang terlepas persekolahan dan sedang menganggur serta bekas pelatih atau bekas penghuni JKM boleh mengemukakan permohonan.

Tujuan utama perlaksanaan program BLP ini adalah bagi mengurangkan beban kewangan mereka yang terjejas terutama anak muda. Dengan adanya program ini membesarkan peluang mendapat latihan kemahiran atau latihan sambil bekerja.

Kadar bayaran bantuan latihan perantis adalah berjumlah RM200 seorang. Mereka yang menyertai program BLP ini akan menerima insenti tersebut setiap bulan sehingga tamat.

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN BLP RM200

Berikut adalah beberapa kriteria syarat kelayakan asas bagi program bantuan latihan perantis RM200 sebulan seperti di bawah :

  • Dibuka kepada Warganegara Malaysia sahaja
  • Bermastautin di negara ini
  • Merupakan anak-anak penerima bantuan atau bekas pelatih/ bekas penghuni dari institusi kebajikan masyarakat
  • Kes-kes seliaan akhlak
  • Bekas pelatih perintah khidmat masyarakat

Perlaksanaan bantuan kebajikan adalah selaras dengan senarai bersama antara kerajaan persekutuan dan negeri. Perkara ini telah termaktub dalam peruntukan perlambagaan persekutuan Malaysia dibawah senarai 3 – jadual kesembilan senarai perundangan.

CARA DAFTAR PERMOHONAN BLP 2024

Kepada mereka yang berkelayakan, permohonan boleh dikemukakan selagi program ini masih dibuka. Panduan lengkap cara daftar telah disediakan, sila layari laman portal rasmi bantuan – BLP 2024 dan borang permohonan boleh dimuat turun di laman tersebut.

Nota : Kelulusan berdasarkan tempoh latihan dan maksimum sehingga 24 bulan.

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat pelbagai jenis kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan kewangan telah disediakan oleh kerajaan perpaduan bagi meringankan beban rakyat. Sila lihat senarai bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk memohon – SEMAK DISINI untuk ketahui info lengkap.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button