BANTUANBKPKK

Bantuan Kewangan Khas RM 3,600 Setahun

Tahukah anda, pihak kerajaan telah menyediakan pelbagai inisiatif terutama melibatkan bantuan berbentuk kewangan kepada rakyat yang memerlukan. Salah satu bantuan yang boleh diperolehi adalah bantuan Kewangan Pelajar Kolej Komuniti (BKPKK) menerusi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada tahun 2022.

Kadar Bantuan

Bagi pengetahuan umum, Program bantuan BKPKK ini diberikan untuk pelajar selama 2 semester sahaja. Untuk 1 semester / 6 bulan, pelajar yang berkelayakan akan menerima bayaran bantuan sebanyak RM 1,800. Bermaksud pelajar yang layak akan menerima jumlah bayaran sebanyak RM 3,600 untuk 2 semester. Disarankan untuk memohon bantuan ini bagi membantu meringankan kos pembelajaran anda.

Syarat Kelayakan

Di bawah telah disediakan syarat kelayakan yang telah ditetapkan bagi memohon bantuan ini seperti berikut :

  • Pemohon wajib berstatus Warganegara Malaysia yang sah
  • Pemohon sekurang-kurangnya 4 semester di peringkat sijil
  • Pemohon tidak boleh mempunyai penaja lain semasa kursus
  • Menandatangani perjanjian 2 salinan (isi borang pendapatan dan isi rumah bulanan)
  • Merupakan daripada isi rumah berpendapatan RM 3,000 dan kebawah, tertakluk kepada jumlah tanggungan isi rumah

Cara Membuat Permohonan?

Jika anda menepati syarat kelayakan, permohonan boleh dibuat melalui pusat kolej komuniti masing masing. Kepada pelajar yang berkelayakan mendapatkan bantuan BKPKK ini selama 2 semester perlu memperoleh PNGK sekurang-kurangnya 2.0 untuk layak mendapatkan bantuan kewangan pada semester 2 untuk jumlah yang sama.

Untuk makluman, sekiranya pelajar tidak memperolehi PNGK 2.0 pada semester 1, bermakna bantuan kewangan pada semester 2 tidak akan diteruskan, bermaksud akan ditamatkan dan tidak akan diteruskan pembayaran.

Maklumat Lanjut

Pada tahun 2022 terdapat pelbagai jenis inisiatif khususnya berbentuk bantuan tunai seperti BKM yang telah diperkenalkan oleh kerajaan bagi membantu Keluarga Malaysia yang memerlukan. Jika anda telah terlepas padang dan ingin semak senarai bantuan yang ada pada tahun ini yang berkelayakan untuk anda mohon, sila ke laman utama yang telah disediakan – KLIK DI SINI

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button