BANTUANMobilepreneurMotorsikalTEKUN

Permohonan Beli Motorsikal : Bantuan Pembiayaan RM10,000

Permohonan beli motorsikal masih dibuka bagi sesi tahun ini yang melibatkan bantuan pembiayaan sehingga RM10,000. Untuk makluman, program khas ini adalah merupakan salah satu inisiatif yang disediakan oleh kerajaan pada tahun ini.

PERMOHONAN BELI MOTORSIKAL

Pihak kerajaan telah memperkenalkan sebuah skim pembiayaan untuk membeli kenderaan jenis motorsikal melalui TEKUN Nasional. Skim pembiayaan TEKUN Mobileprenuer 4.0 ditawarkan kepada rakyat Malaysia yang berkelayakan.

Program khas ini adalah merupakan bantuan pembiayaan modal kepada usahawan dan individu yang berada dalam perkhidmatan penghantaran yang menggunakan kenderaan jenis motorsikal.

Jenis bantuan pembiayaan yang ditawarkan dalam skim Tekun mobileprenuer 4.0 adalah seperti berikut :

  • Pembelian motorsikal
  • Baik pulih motorsikal
  • Modal untuk pusingan

KADAR BANTUAN PEMBIAYAAN

Bagi pengetahuan umum, kadar bantuan pembiayaan melalui skim tekun mobileprenuer ditawarkan dari RM1,000 sehingga RM10,000. Jumlah bergantung pada keperluan pemohon.

SYARAT KELAYAKAN UMUM

Berikut adalah beberapa syarat kelayakan yang telah ditetapkan bagi permohonan beli motorsikal seperti di bawah :

  • Terbuka kepada warganegara Malaysia (Bumiputera / India)
  • Mempunyai lesen memandu kelas B1/ B2 yang masih sah
  • Berumur 18 hingga 60 tahun (Tempoh pembiayaan hingga 65 tahun)
  • Terlibat secara separuh atau sepenuh masa dalam aktiviti perniagaan
  • Mempunyai pelantikan yang sah dari syarikat e-hailing yang berdaftar
  • Mempunyai kenderaan jenis motorsikal sediri (Bagi kategori baik pulih dan modal pusingan)
  • Perlu sediakan dokumen asal sebut harga pembelian motorsikal (Kategori pembelian motorsikal)
  • Peserta / pemohon wajib mematuhi garis panduan serta terma dan syarat yang telah ditetapkan oleh (MOT)

PANDUAN DAFTAR PERMOHONAN

Kepada rakyat Malaysia yang berkelayakan, permohonan beli motorsikal pembiayaan sehingga RM10,000 boleh dilakukan sepanjang tahun ini. Panduan lengkap cara daftar permohonan telah disediakan, sila layari laman web rasmi TEKUN Mobileprenuer 4.0 – DI SINI

MAKLUMAT LANJUT

Pada tahun 2023, pihak kerajaan persekutuan dan negeri telah menawarkan pelbagai jenis kemudahan dan inisiatif bantuan kewangan. Perkaran ini untuk membantu meringankan beban rakyat yang terjejas terutama golongan B40 dan miskin tegar.

Sila lihat senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk anda dapatkan – SEMAK DISINI untuk mengetahui maklumat penuh.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button