BANTUANBAP

Bayaran Bantuan BAP RM150 Mulai 12 Januari Ini

Bayaran bantuan BAP RM150 akan mula disalurkan bermula 12 Januari 2023 kepada para murid secara berperingkat mengikut kawasan. Untuk makluman, bantuan khas yang dimaksudkan ini adalah Inisiatif Bantuan Awal Persekolahan (BAP) untuk pelajar.

BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN

Untuk sedia maklum, bantuan kewangan ini telah disediakan oleh pihak kerajaan pada setiap tahun. Baru-baru ini selaku Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan bahawa bantuan ini akan diteruskan pada tahun 2023.

Bagi makluman semua, insentif khas awal persekolahan ini akan dinaikkan kadar bayaran sebanyak RM150 berbanding RM100 pada tahun sebelum. Tambahan, bantuan khas ini akan diberikan kepada murid tanpa lihat latar belakang pendapatan keluarga masing-masing. Hal ini dapat memberikan manfaat kepada lebih ramai pelajar yang sedang menuntut ilmu di sekolah.

OBJEKTIF BANTUAN

Perkara ini amat penting kerana sedikit sebanyak dapat membantu para pelajar dengan kelengkapan perkakas sekolah dengan sewajarnya. Selain itu, kepada para murid yang dari keluarga kurang berkemampuan boleh mendapatkan bantuan lain seperti rancangan makanan tambahan (BMT) dan pembelian buku teks di sekolah masing-masing.

Program bantuan awal persekolahan ini diperkenalkan pada tahun 2012 dan sehingga tahun ini masih diteruskan kerana ini merupakan inisiatif yang memberikan manfaat kepada para pelajar dan relevan untuk membantu isi keluarga Malaysia.

KADAR BANTUAN BAP

Para murid tahun 2023 akan menerima bayaran bantuan BAP sebanyak RM150 secara sekali bayar (sekaligus) tanpa mengira had pendapatan keluarga.

KRITERIA KELAYAKAN

Berikut adalah kriteria kelayakan bantuan awal persekolahan tahun 2023 seperti dibawah :

  • Pemberian bantuan khas ini hanya diberikan kepada Warganegara Malaysia sahaja
  • Penerima bantuan merupakan pelajar tahun 1 sehingga tingkatan 5 atau setaraf dengannya
  • Tidak pengiraan had pendapatan keluarga bagi insentif BAP RM150 ini
  • Pemberian bantuan ini disalurkan kepada murid yang menuntut ilmu di sekolah kerajaan (SK), sekolah bantuan kerajaan, sekolah agama rakyat dan sekolah swasta.

JADUAL BAYARAN

Pihak kerajaan telah mengumumkan dalam pembentangan mini BAJET 2023 bahawa bantuan BAP akan diberikan pada bulan Januari. Pemberian bantuan ini akan mula diberikan pada 12 Januari 2023 secara berperingkat mengikut kawasan.

INFO LANJUT

Selain daripada bantuan untuk murid ini, terdapat bantuan lain yang telah diumumkan oleh pihak kerajaan pada tahun ini seperti batuan BTR, BKK dan lain-lain. Jika anda terlepas pandang, sila semak senarai bantuan yang ada pada tahun 2023 yang berkelayakan untuk anda dapatkan di laman utama – SEMAK DISINI untuk rujukan rakyat Malaysia.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button