BANTUANKISS

KISS 2022 : Cara Mudah Mohon Bantuan Ibu Tunggal B40 Sebulan RM 200

Pada tahun 2022, kepada para ibu tunggal warganegara Malaysia kini boleh memohon Bantuan Ibu Tunggal B40 untuk membantu meringankan pembelanjaan harian.

Bantuan Ibu Tunggal B40 ini telah diumumkan oleh kerajaan dalam Program Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) baru-baru ini.

KISS ialah salah satu program bagi membantu para ibu tunggal mahupun ibu dari kadar golongan B40 secara bantuan kewangan untuk pembelian barangkeperluan asas harian dengan had pembelian sebanyak RM 200 sebulan di mana-mana kedai berdaftar atau pasaraya.

Kepada semua ibu tunggal dan ibu dari golongan B40 yang layak menerima bantuan ini akan menerima kad (KISS) dan boleh membeli terus barangan keperluan harian dengan cara hanya scan kad cashless di pasaraya dan kedai terpilh.

Sebelum ini antara bantuan untuk golongan ibu tunggal yang pernah diberikan ialah Bantuan Ibu Tunggal (BKIT) RM 300

Kepada penerima bantuan ibu tunggal RM200 sebulan boleh menggunakan untuk membeli keperluan harian seperti dibawah:

  • Beras
  • Ayam
  • Ikan
  • Daging
  • Produk Tenusu
  • Lampin pakai buang (Dewasa atau Bayi)
  • Bihun atau Mi
  • Telur
  • Biskut
  • Roti
  • Garam
  • Gula
  • Sos kicap, rempah ratus dan seangkatannya
  • Sayur-sayuran
  • Buah-buahan
  • Minyak masak
  • Tepung
  • Barangan Persekolahan
  • Kelengkapan mandian atau bahan pencuci
Syarat-Syarat Kelayakan Bantuan Ibu Tunggal / Ibu B40 
  1. Wajib seorang warganegara Malaysia
  2. Sudah berdaftar sebagai penerima Bantuan BSH dibawah kategoro pendapatan bawah RM2000 atau disenarai dalam golongan miskin di pengkalan data eKasih
  3. Pemilih berdaftar di Selangor
  4. Menetap di negeri Selangor melebihi 10 tahun
  5. Lahir di negeri Selangor
  6. Pendapatan Isi Rumah (IR) dibawah RM2000 sebulan
  7. Ibu B40/ Ibu tunggal yang mempunyai tanggungan/anak dibawah umur 21 tahun yang masih menduduki pengajian tinggi atau berumur 18 tahun kebawah
Cara Mudah Mohon Bantuan Ibu Tunggal / Ibu B40

Kepada para Ibu yang ingin memohon bantuan ini bole mohon secara atas talian (online) atau secara manual (offline)

Permohonan secara 0nline

Anda boleh memohon secara online di portal rasmi Bantuan KISS disini BORANG DAFTAR

Permohonan Secara Offline (Manual)
  • Sila muat turun borang Program KISS di sini BORANG PROGRAM
  • Isi dengan lengkap maklumat yang diperlukan di dalam borang
  • Borang yang sudah di isi lengkap boleh diserahkan terus ke Pejabat Ahli Dewan Negeri / Pejabat Exco Kebajikan Kerajaan Negeri atau Penyelaras Dewan Negeri Selangor

Jika anda ada sebarang pertanyaan tentang bantuan ini, anada boleh terus hubungi pihak pengurusan KISS di talian telefon 03 5525 6900 atau di talian hotline 1 800 22 6600.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button