KWSPPengeluaran Penuh

Jenis Pengeluaran Penuh KWSP Yang Dibenarkan

Jenis pengeluaran penuh KWSP yang dibenarkan melalui akaun 1 dan akaun 2 yang boleh dimohon oleh pencarum yang memenuhi syarat kelayakan. Untuk sedia maklum, pihak kerajaan telah mengumumkan bahawa pada waktu ini tiada sebarang pengeluaran khas KWSP yang akan dibenarkan.

Namun terdapat jenis pengeluaran yang boleh dibuat oleh ahli sekiranya berkelayakan. Di halaman kali ini dikongsikan beberapa jenis pengeluaran penuh KWSP yang boleh dilakukan oleh ahli.

JENIS PENGELUARAN KWSP YANG DIBENARKAN

Pihak KWSP telah menyediakan kemudahan pengeluaran sepenuhnya melalui akaun 1 dan akaun 2 melalui beberapa kategori dan syarat tertentu. Pengeluaran sepenuhnya boleh dilakukan pada bila-bila masa jika memenuhi syarat yang telah ditetapkan. Berikut adalah jenis pengeluaran sepenuhnya wang KWSP yang dibenarkan pada tahun ini.

HILANG KEUPAYAAN

Ahli / pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang mengalami masalah hilang upaya layak untuk membuat pengeluaran sepenuhnya simpanan setelah disahkan oleh pegawai perubatan.

Meraka juga secara automatik layak menerima insentif sebanyak RM5,000 sebagai bantuan hilang upaya. Tujuan bantuan ini diberikan kepada ahli adalah untuk membantu meringankan beban ahli yang terjejas kesihatan.

MELEPASI UMUR 55 TAHUN

Kepada para pencarum yang telah mencapai umur 55 tahun secara automatik dibenarkan membuat pengeluaran penuh simpanan KWSP mereka. Akaun 1 dan akaun 2 akan digabungkan menjadi akaun 55 tahun.

Bagi pencarum yang memilih untuk terus melanjutkan pekerjaan, caruman yang diterima selepas itu akan dimasukkan ke dalam akaun emas. Pengeluaran wang tersebut hanya dibenarkan apabila mencapai umur 60 tahun.

AHLI MENINGGALKAN NEGARA

Bagi ahli / pencarum KWSP yang ingin meninggalkan negara (melucutkan atau melepaskan taraf kewarganegaraan) bagi tujuan berhijrah ke negara lain. Mereka boleh membuat pengeluaran sepenuhnya simpanan mereka dalam KWSP.

KEMATIAN

Jika berlaku kematian ahli KWSP, pewaris si mati boleh membuat pengeluaran penuh simpanan. Pihak KWSP turut menyarankan ahli membuat penamaan bagi memudahkan urusan pengeluaran jika berlaku kematian.

Kepada ahli KWSP yang menepati kelayakan kemudahan, permohonan pengeluaran penuh melalui akaun 1 dan 2 boleh dilakukan secara online. Sila layari laman rasmi – KWSP

MAKLUMAT LANJUT

Selain daripada jenis pengeluaran penuh KWSP yang dibenarkan, terdapat pelbagai inisiatif khususnya bantuan tunai yang telah diperkenalkan pada tahun ini untuk seluruh rakyat Malaysia yang memerlukan. Jika anda terlepas pandang, sila semak senarai insentif yang disediakan dan berkelayakan untuk anda dapatkan – SEMAK DISINI untuk maklumat penuh.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button