BANTUANeTunaieWallet

E-Tunai : Pemberian E-Wallet RM100 Kepada Rakyat Malaysia

E-Tunai : Pemberian E-Wallet RM100 secara one-off akan mula dilaksanakan bermula pada Disember ini kepada seluruh rakyat Malaysia. Inisiatif istimewa berbentuk kredit e-wallet ini adalah merupakan bantuan yang diperkenalkan pada tahun ini.

E-TUNAI : PEMBERIAN E-WALLET RM100

Semasa sidang Majlis Peluncuran ekonomi Madani memperkasa rakyat, Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memperkenalkan sebuah lagi inisiatif. Menerusi kenyataan beliau, pemberian bantuan ewallet bernilai RM100 akan diberikan kepada rakyat Malaysia yang berumur 21 tahun keatas secara percuma.

Apa yang menarik adalah individu yang mempunyai pendapatan kurang dari RM100,000 setahun layak mendapatkan kredit percuma ini. Ini bermakna mejoriti rakyat akan dapat menerima manfaat daripada insentif khas ini.

TARIKH PEMBERIAN E-WALLET (KREDIT E-TUNAI RM100)

Baru-baru ini pihak kerajaan telah bersetuju dan memaklumkan bahawa bantuan khas ewallet RM100 ini akan mula dilancarkan pada bulan Disember 2023. Mereka yang menepati syarat kelayakan boleh claim kredit RM100 pada bulan tersebut secara one-off.

KRITERIA KELAYAKAN PEMBERIAN E-WALLET RM100

Dibawah adalah kriteria syarat kelayakan yang telah ditetapkan bagi mendapatkan kredit ewallet percuma berjumlah RM100 seperti berikut :

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur 21 tahun dan keatas (Tahun 2023)
  3. Pendapatan tahunan dibawah RM100,000
  4. Berada dalam kategori B40 dan M40.

CARA TEBUS KREDIT E-WALLET RM100

Untuk pengetahuan umum, program pemberian khas ewallet RM100 ini akan dilancarkan sama seperti bantuan eBeliaRahmah 2023. Bantuan tersebut diberikan kepada mahasiswa dan belia berumur 18 hingga 20 tahun dengan kadar kredit RM200 seorang.

Kredit e-tunai ini boleh ditebus melalui aplikasi e-dompet tersedia seperti Touch N Go ewallet, Boost, Setel, Grabpay dan sebagainya. Maklumat rasmi berkenaan cara claim akan dimaklumkan sebelum perlaksanaan diumumkan pada Disember nanti.

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat lebih banyak kemudahan serta inisiatif berbentuk bantuan telah ditawarkan pada tahun ini oleh kerajaan bagi membantu meringankan beban kewangan rakyat. Pelbagai insentif diberikan keutamaan kepada golongan sasar iaitu Kumpulan B40 dan miskin.

Kepada mereka yang terlepas pandang boleh menyemak senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk didapatkan –¬†SEMAK DISINI sebagai rujukan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button