BANTUANBINGKASeTunaieWallet

Bantuan Khas eTunai RM300 Sebulan : Untuk Golongan B40

Bantuan Khas eTunai RM300 sebulan adalah merupakan inisiatif yang ditawarkan kepada golongan B40 (Pendapatan dibawah RM3,000). Untuk makluman, ini merupakan salah satu bantuan yang telah disediakan untuk membantu meringankan beban rakyat pada tahun ini.

BANTUAN KHAS ETUNAI RM300

Pihak kerajaan negeri telah memperkenalkan sebuah inisiatif khas berbentuk ewallet yang dikenali sebagai bantuan kehidupan sejahtera atau Bingkas. Permohonan bantuan istimewa ini dibuka kepada golongan B40, pendapatan bulanan isi rumah RM3,000.

Kepada pemohon yang layak, mereka akan menerima bayaran bantuan pada kadar RM300 setiap bulan bersamaan RM3,600 setahun. Insentif tambahan ini tidak diberikan secara tunai, ianya disalurkan melalui pengkreditan e-tunai ke dalam akaun penerima.

Amaun yang diberikan setiap bulan bernilai RM300 tersebut boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan asas di pasaraya dan kedai runcit berdaftar. Tujuan utama perlaksanaan bantuan khas ini sehingga tahun ini adalah bagi mengiktiraf peranan penting ketua keluarga.

KELAYAKAN BANTUAN KHAS ETUNAI RM300

Pihak kerajaan negeri telah menyasarkan sekitar 30 ribu buah keluarga akan menerima manfaat yang ditawarkan dalam program bantuan kehidupan sejahtera ini. Syarat kelayakan yang telah ditetapkan bagi permohonan bantuan khas etunai ini adalah seperti dibawah :

  • Terbuka kepada warganegara Malaysia sahaja
  • Pendapatan semasa bulanan isi rumah di bawah RM3,000
  • Keluarga yang mempunyai tanggungan berumur 18 tahun kebawah
  • Lahir di negeri Selangor atau telah menetap melebihi 10 tahun di Selangor
  • Pemilih berdaftar
  • Berada dalam golongan B40.

PANDUAN DAFTAR PERMOHONAN BANTUAN ETUNAI

Untuk mereka yang berkelayakan dan memerlukan, jangan lepaskan peluang bagi mendapatkan manfaat yang disediakan. Panduan lengkap cara kemukakan permohonan secara online telah disediakan, sila layari laman rasmi Bingkas – DI SINI

Program bantuan khas ini dibuka untuk rakyat negeri Selangor dan mereka yang telah tinggal di Selangor melebihi sedekad (10 tahun). Setiap permohonan akan disemak oleh ADUN dan Selcare, kepada pemohon yang berjaya lulus akan dimaklumkan melalui e-mel.

MAKLUMAT LANJUT

Selain itu, terdapat lebih banyak kemudahan serta inisiatif berbentuk bantuan telah disediakan oleh kerajaan perpaduan bagi meringankan beban kewangan rakyat yang terjejas. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada pada tahun ini dan berkelayakan untuk didapatkan – SEMAK DISINI untuk info maklumat lengkap.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button