BANTUANeTunaieWallet

Rasmi : Bantuan E-Wallet RM100 Diberikan Kepada (B40 & M40)

Rasmi : Bantuan E-Wallet RM100 akan diberikan kepada kumpulan (B40 & M40) bermula pada bulan hadapan iaitu Disember 2023. Untuk makluman, pemberian inisiatif khas berbentuk bantuan etunai ini diperkenalkan pada tahun ini.

RASMI : BANTUAN E-WALLET RM100

Pada sidang Majlis Peluncuran Ekonomi Madani : Memperkasa rakyat, Perdana Menteri telah memperkenalkan satu lagi insentif bantuan e-wallet. Apa yang menarik adalah sebelum ini inisiatif seperti ini ditawarkan kepada golongan belia mahasiswa sahaja.

Namun atas dasar keprihatinan kerajaan bersetuju untuk memberikan kredit etunai ini secara percuma kepada golongan dewasa berumur 21 tahun keatas pula. Kadar yang akan diberikan adalah dalam bentuk ewallet bernilai RM100 yang boleh ditebus secara one-off.

JADUAL & SYARAT KELAYAKAN BANTUAN E-WALLET RM100

Pihak kerajaan telah memaklumkan beberapa kriteria syarat kelayakan yang ditetapkan dalam program pemberian bantuan e-wallet RM100 ini seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia sahaja
  • Berumur 21 tahun dan ke atas (Tahun ini)
  • Golongan dewasa B40 dan M40
  • Pendapatan setahun dibawah purata RM100,000

Jadual rasmi pemberian bantuan istimewa ini akan dilaksanakan pada bulan Disember 2023. Cara claim kredit etunai RM100 ini adalah melalui aplikasi edompet yang akan dimaklumkan sebelum pelancaran.

Berdasarkan program ebelia rahmah tahun ini, kredit ewallet ditebus melalui aplikasi edompet Touch N Go ewallet, Boost dan Setel sahaja. Bagi aplikasi edompet untuk golongan dewasa akan dimaklumkan sebelum perlancaran bantuan ini bulan depan.

BANTUAN LAIN YANG DIBERIKAN PADA DISEMBER

Jangan terlepas pandang, terdapat 2 lagi inisiatif kerajaan yang akan disalurkan pada bulan Disember ini selain bantuan ewallet. Program bantuan musim tengkujuh atau dikenali BMT akan diberikan pembayaran fasa kedua pada bulan hadapan dengan kadar RM200.

Manakala bagi penerima Sumbangan Tunai Rahmah yang berada dalam kategori miskin tegar. Mereka yang berkelayakan menerima insentif tambahan SARA akan dikreditkan RM100 ke dalam mykad, semakan status kelayakan boleh dilakukan melalui laman rasmi MyKasih SARA – DI SINI

MAKLUMAT LANJUT

Kerajaan perpaduan telah menyediakan lebih banyak kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan bagi meringankan beban rakyat yang terjejas. Sila lihat dan semak senarai bantuan yang ada dan layak untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk rujukan umum.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button