E-Tunai : Tarikh Pemberian Kredit eWallet bernilai RM100 telah diumumkan akan dilaksanakan bermula Disember nanti. Seperti sedia maklum, inisiatif khas berbentuk kredit ewallet ini merupakan bantuan kepada rakyat.
E-TUNAI : TARIKH PEMBERIAN KREDIT PERCUMA
Baru-baru ini semasa sidang peluncuran Madani memperkasa rakyat, Perdana Menteri telah memperkenalkan sebuah insentif tambahan. Bantuan ewallet bernilai RM100 tersebut akan diberikan percuma kepada rakyat Malaysia.
Mereka yang berumur 21 tahun keatas berkelayakan untuk mendapatkan kredit khas ini secara one-off. Dengan adanya insentif seperti ini menampakan keprihatian kerajaan bagi membantu meringankan beban rakyat.
Tujuan perlaksanaan pemberian kredit etunai ini adalah bagi memupuk budaya pembayaran tanpa tunai melalui aplikasi edompet pilihan. Kerajaan telah memaklumkan bahawa program pemberian kredit e-tunai RM100 ini akan mula diberikan pada bulan Disember 2023.
Dijangkakan ramai yang akan dapat manfaat dari insentif ini kerana kategori dewasa yang pendapatan tahunan RM100,000 layak claim. Ini bermakna kumpulan B40 dan M40 berkelayakan untuk tebus dan guna pemberian kredit bernilai RM100 ini.
KRITERIA KELAYAKAN PEMBERIAN KREDIT E-TUNAI
Pihak kerajaan telah menetapkan beberapa syarat kelayakan bagi menyertai program bantuan istimewa kredit etunai RM100 ini seperti berikut :
- Insentif ini hanya boleh ditebus oleh Warganegara Malaysia sahaja
- Berumur 21 tahun dan ke atas (Tahun 2023)
- Pendapatan tidak melebihi RM100,000 setahun
- Merupakan golongan B40 dan M40.
CARA CLAIM KREDIT E-TUNAI RM100
Untuk makluman, berkemungkinan program bantuan kali ini akan dilakukan sama seperti eBelia Rahmah. Dimana mereka yang menepati syarat yang ditetapkan boleh tebus kredit melalui aplikasi e-dompet pilihan masing-masing.
Berdasarkan eBeliaRahmah 2023, penebusan boleh dilakukan secara online melalui aplikasi edompet Boost, Setel dan Touch N Go ewallet. Bagi aplikasi yang terlibat untuk kredit etunai RM100 pula akan dimaklumkan sebelum bantuan dilancarkan.
Segala maklumat terkini berkenaan bantuan khas ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa sebelum bulan Disember nanti.
MAKLUMAT LANJUT
Terdapat lebih banyak kemudahan serta inisiatif khususnya berbentuk bantuan kewangan yang ditawarkan kerajaan bagi meringankan beban rakyat yang terjejas. Sila lihat senarai bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk didapatkan – SEMAK DISINI untuk maklumat lengkap.