BANTUANBAP

Bantuan Awal Persekolahan (BAP) RM150 Diberikan Sekaligus

Bantuan Awal Persekolahan (BAP) berjumlah RM150 seorang diberikan secara sekaligus (One-off) bermula Januari 2024. Untuk makluman, BAP ini adalah merupakan inisiatif yang disediakan oleh kerajaan yang disalurkan setiap tahun kepada murid.

BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN (BAP)

Bermacam-macam jenis insentif telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan perpaduan bagi memberi manfaat kepada rakyat Malaysia. Salah satu bantuan yang telah diumumkan oleh kerajaan adalah bantuan awal persekolahan bagi sesi tahun hadapan.

Semasa sidang pembentangan Belanjawan 2024 tempoh hari, Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memaklumkan berkenaan BAP. Pihak kerajaan bersetuju untuk meneruskan pemberian insentif Bantuan Awal Persekolahan pada bulan Januari nanti.

Kerajaan telah memaklumkan bahawa bantuan kewangan khas untuk pelajar ini akan melibatkan peruntukan sekitar RM788 juta. Kadar telah dinaikkan berbanding tahun lalu sebanyak RM450 juta, menurut kenyataan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

JUMLAH & TARIKH PEMBERIAN BANTUAN AWAL (BAP)

Apa yang menarik adalah kadar jumlah bantuan BAP ini adalah sebanyak RM150 akan diberikan kepada setiap pelajar secara one-off. Tarikh pemberian akan mula diagihkan adalah pada bulan Januari 2024.

Tujuan utama perlaksanaan insentif tambahan ini masih diteruskan adalah untuk meringankan beban kewangan keluarga untuk menyediakan kelengkapan anak untuk ke sekolah. Dengan adanya insentif istimewa ini dapat membantu dari segi pembelanjaan bagi menyediakan kelengkapan persekolahan anak.

RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN (RMT)

Kerajaan juga telah memaklumkan bahawa peruntukan program rancangan makanan tambahan (RMT) bagi pelajar akan dinaikkan. Peruntukan RMT tahun lalu adalah RM625 juta ditingkatkan kepada RM784 juta bagi tahun ini.

Bagi peruntukan elaun murid berkeperluan khas juga telah dinaikkan daripada RM181 juta kepada RM199 juta. Segala maklumat yang dimaklumkan diatas telah disidangkan pada pembentangan bajet Belanjawan 2024 pada bulan Oktober lalu.

MAKLUMAT LANJUT

Bukan itu sahaja, pihak kerajaan persekutuan dan negeri telah menawarkan lebih banyak kemudahan serta inisiatif berbentuk bantuan bagi membantu meringankan beban rakyat. Kepada mereka yang terlepas pandang, sila lihat senarai bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk memohon – SEMAK DISINI untuk rujukan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button