BANTUANGeran PelancaranJKM

Bantuan Khas Geran Pelancaran RM2,700 Secara ‘One-Off’

Bantuan Khas Geran Pelancaran berjumlah RM2,700 secara one-off adalah merupakan sebuah inisiatif yang disediakan pada tahun ini. Untuk makluman, insentif istimewa ini ditawarkan kepada rakyat yang berkelayakan dan memerlukan.

BANTUAN KHAS GERAN PELANCARAN

Pihak kerajaan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah memperkenalkan skim bantuan kebajikan pada tahun sebelum ini. Atas keprihatinan, pelbagai jenis bantuan masih terus dilaksanakan pada tahun ini bagi membantu golongan kurang berkemampuan.

Terdapat satu inisiatif yang dikenali sebagai bantuan geran pelancaran (GP) yang ditawarkan dalam skim bantuan kebajikan. Melalui program khas ini, pemohon yang layak akan menerima insentif bernilai RM2,700 sekaligus (one-off).

Tujuan utama program ini dilancarkan adalah bagi memperkasa ekonomi kumpulan sasar JKM yang lebih produktif. Mereka yang mempunyai minat, bakat, kemahiran dan potensi untuk menjana pendapat individu atau keluarga layak untuk memohon.

Menerusi program ini dapat mewujudkan pengintergrasian dan pembangunan bagi membantu klien mencapai matlamat ke arah berdikari. Dengan adanya program bantuan seperti ini sedikit sebanyak dapat membantu golongan yang memerlukan.

KELAYAKAN BANTUAN KHAS GERAN PELANCARAN

Berikut adalah beberapa kriteria syarat kelayakan yang telah ditetapkan bagi mendapatkan bantuan khas GP ini seperti di bawah :

  • Warganegara Malaysia sahaja
  • Menetap di dalam Malaysia
  • Kumpulan Sasar JKM
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi (PGK) Pendapatan garis kemiskinan, purata miskin isi rumah semasa atau purata miskin perkapita semasa
  • Mana-mana kes berkeperluan layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.

PANDUAN DAFTAR PERMOHONAN BANTUAN

Kepada mereka yang memenuhi kelayakan, permohonan boleh dikemukakan pada tahun ini. Panduan cara daftar permohonan telah disediakan, sila rujuk laman rasmi eBantuan JKM – DI SINI

Untuk memudahkan urusan semakan permohonan dilakukan, anda perlu sediakan dokumen penting yang diperlukan. Jika mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin ketahui maklumat lebih terperinci, sila hubungi talian khas JKM di – 03 8000 8000.

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat lebih banyak kemudahan dan inisiatif khususnya berbentuk bantuan kewangan yang ditawarkan kerajaan pada tahun ini kepada rakyat yang terjejas. Sila lihat senarai bantuan yang ada dan layak untuk didapatkan – SEMAK DISINI untuk rujukan umum.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button