RMRRUMAH MESRA RAKYAT

Rumah Mesra Rakyat (2024) : Panduan Daftar Permohonan

Rumah Mesra Rakyat (RMR) bagi tahun 2024, permohonan kini dibuka kepada mereka yang belum memiliki rumah sendiri. Untuk makluman, inisiatif khas berbentuk skim perumahan mampu milik ini masih dilaksanakan pada tahun ini.

PROGRAM RUMAH MESRA RAKYAT (RMR)

Pihak kerajaan dan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) telah bersetuju untuk meneruskan bantuan pembiayaan projek rumah mesra rakyat (RMR) tahun ini. Program istimewa ini ditawarkan khas kepada kategori golongan B40 dan M40 yang memenuhi kriteria kelayakan dan telah ditetapkan.

Projek perumahan mampu milik RMR memperuntukan nilai sebuah rumah yang berjumlah diantara RM75,000 sehingga RM85,000 seunit. Program ini diberikan keutamaan kepada golongan berpendapatan tidak melebihi RM5,000 sebulan dan belum mempunyai rumah.

MANFAAT RUMAH MESRA RAKYAT (RMR) 2024

Tujuan utama projek-projek rumah mesra rakyat masih dilancarkan adalah bagi membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana memiliki kediaman sendiri. Apa yang menarik adalah mereka yang layak akan menerima bantuan berbentuk subsidi RM20,000.

Amaun tersebut akan ditolak daripada jumlah keseluruhan bina rumah dan ianya memberi manfaat kepada rakyat untuk mendapatkan rumah dengan kadar harga mampu milik. Semua pembinaan rumah akan mengikut spesifikasi yang sudah ditetapkan.

CIRI-CIRI PERUMAHAN RMR 2024

Kadar harga seunit rumah telah ditetapkan berbeza mengikut kawasan negeri dan konsep binaan adalah sama iaitu 3 bilik tidur dan 2 bilik air. Dibawah adalah ciri-ciri rumah RMR mengikut kawasan negeri.

NEGERI-NEGERI DI SEMANANJUNG

  • Keluasan rumah : 750 kps
  • Harga rumah : RM75,000
  • Bantuan subsidi : RM20,000
  • Jumlah pinjaman : RM55,000
  • Anggaran bayar balik : RM300 sebulan (16 tahun)

NEGERI SABAH, SARAWAK DAN LABUAN

  • Keluasan rumah : 750 kps
  • Harga rumah : RM75,000 – RM106,000
  • Bantuan subsidi : RM20,000
  • Jumlah pinjaman : RM55,000 – RM86,500
  • Anggaran bayar balik : RM300 – RM470 sebulan (16 tahun)

PANDUAN DAFTAR PROGRAM RUMAH MESRA RAKYAT

Bagi pengetahuan umum, permohonan dibuka kepada warganegara Malaysia yang berpendapatan dibawah RM5,000 sebulan. Kepada kalian yang berkelayakan dan masih belum ada kediaman sendiri, pendaftaran boleh dilakukan pada tahun ini.

Panduan lengkap cara daftar dan mohon telah disediakan, sila layari laman portal rasmi – RMR 2024

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat pelbagai jenis kemudahan dan inisiatif khususnya berbentuk bantuan telah disediakan oleh kerajaan perpaduan bagi meringankan beban rakyat Malaysia. Kepada yang terlepas pandang, sila lihat senarai insentif bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk rujukan umum.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button