BANTUANRMRRUMAH MESRA RAKYAT

Terkini : Rumah Mesra Rakyat Ditawarkan Untuk Golongan B40

Terkini : Rumah Mesra Rakyat atau dikenali (RMR) adalah merupakan program yang ditawarkan kepada golongan B40 dan sederhana. Inisiatif khas berbentuk perumahan ini diteruskan pada tahun 2024 bagi membantu rakyat memiliki rumah sendiri pada kadar mampu milik.

TERKINI : PROGRAM RUMAH MESRA RAKYAT 2024

Pihak Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) yang dikendalikan dibawah milikan Menteri Kewangan (MOF) telah menawarkan sebuah program perumahan. Skim Rumah Mesra Rakyat diteruskan pada tahun ini kepada mereka yang berkelayakan dan belum memiliki rumah sendiri.

Menerusi program istimewa ini, terdapat bantuan bernilai RM20,000 yang ditawarkan kepada mereka yang ingin membina rumah. Dengan adanya program khas seperti ini mampu membantu rakyat yang kurang berkemampuan bagi memiliki rumah sendiri dengan harga mampu milik.

Selaras dasar perumahan negara, SPNB telah diletakkan sebagai dibawah pengurusan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT). Pihak tersebut yang bertanggungjawab sepenuhnya mengendalikan program ini dengan menyediakan rumah mampu milik dan berkualiti kepada keluarga Malaysia.

SYARAT KELAYAKAN PROGRAM RUMAH MESRA RAKYAT

Terdapat beberapa kriteria syarat kelayakan asas yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan bagi menyertai program perumahan mesra rakyat ini seperti berikut :

  • Dibuka untuk Warganegara Malaysia sahaja
  • Pendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi RM5,000
  • Individu berumur 18 tahun dan keatas
  • Pemohon dan pasangan belum pernah memiliki rumah atau mempunyai rumah yang usang (tidak sempurna)
  • Tapak tanah yang bersesuaian dan bebas dari gadaian, jika pemohon bukan pemilik, anda perlu mendapatkan surat kebenaran dari pemilik tanah
  • Keluasan tapak tanah tidak boleh kurang daripada 3,600 kps dan ianya tertakluk kepada reka bentuk rumah.

CIRI-CIRI RUMAH MESRA RAKYAT 2024

Bagi pengetahuan umum, ciri-ciri seperti harga dan reka bentuk rumah adalah berbeza mengikut kategori kawasan seperti di bawah.

KAWASAN NEGERI DI SEMENANJUNG 

  • Keluasan rumah : 1,000 kps
  • Harga rumah : RM75,000
  • Bantuan subsidi pembinaan : RM20,000
  • Jumlah pinjaman : RM55,000
  • Anggaran bayaran balik secara bulanan : RM300 sebulan selama 16 tahun.

KAWASAN NEGERI DI SABAH, SARAWAK & LABUAN

  • Keluasan rumah : 750 kps
  • Harga rumah : RM75,000 sehingga RM106,000
  • Bantuan subsidi pembinaan : RM20,000
  • Jumlah pinjaman : RM55,000 sehingga RM86,500
  • Anggaran bayaran balik bulanan : RM300 – RM470 sebulan selama 16 tahun.

PANDUAN DAFTAR & MOHON RUMAH MESRA 2024

Sekiranya kalian belum ada rumah sendiri dan berkelayakan, pendaftaran permohonan boleh dilakukan selagi masih dibuka. Panduan lengkap cara mohon telah disediakan, sila layari laman rasmi –¬†RMR 2024

MAKLUMAT LANJUT

Kerajaan perpaduan telah memperkenalkan lebih banyak jenis kemudahan serta insentif berbentuk bantuan bagi meringankan beban rakyat yang terjejas. Sila lihat senarai bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk memohon –¬†SEMAK DISINI untuk info lengkap maklumat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button