BANTUANBINGKASeWalletKehidupan Sejahtera

EWallet 2024 : Bantuan Kredit RM300 Untuk Keluarga B40

EWallet 2024 : Bantuan Kredit bernilai RM300 sebulan ditawarkan kepada keluarga B40 (pendapatan RM3,000) yang mempunyai tanggungan. Untuk makluman umum, inisiatif khas berbentuk bantuan bulanan ini diteruskan bagi sesi tahun 2024.

BANTUAN KREDIT EWALLET 2024

Pihak kerajaan negeri telah memperkenalkan sebuah insentif yang dikenali sebagai Bantuan Kehidupan Sejahtera atau Bingkas. Pemberian bantuan ini tidak diberikan secara tunai, ianya dikreditkan dalam bentuk ewallet pada kadar RM300 sebulan.

Insentif ini disalurkan secara automatik kepada pemohon yang layak setiap bulan. Manfaat yang diberikan boleh digunakan dengan membeli barangan keperluan asas di pasaraya dan kedai runcit berdaftar.

Pada tahun lalu, kerajaan menyasarkan 30,000 buah keluarga menerima insentif ini dengan jumlah RM300 sebulan. Perlaksanaan program ini adalah bagi membantu meringankan beban keluarga yang kurang berkemampuan bagi meneruskan kelangsungan hidup dalam komuniti masyarakat.

KADAR BANTUAN EWALLET 2024 – KEHIDUPAN SEJAHTERA

Pihak kerajaan negeri telah menetapkan jumlah bayaran bantuan kehidupan sejahtera bingkas ini sebanyak RM300 sebulan bersamaan RM3,600 setahun. Dengan adanya insentif istimewa ini dapat mengurangkan beban pembelanjaan rakyat.

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN KREDIT EWALLET

Beberapa kriteria syarat kelayakan asas bagi bantuan khas RM300 sebulan ini telah ditetapkan seperti dibawah :

  • Pemohon merupakan Warganegara Malaysia sahaja
  • Keluarga yang mempunyai tanggungan anak berumur 18 tahun dan ke bawah
  • Pendapatan bulanan isi rumah RM3,000
  • Keluarga B40 dan miskin
  • Pemilih berdaftar
  • Lahir di negeri Selangor atau telah menetap melebihi 10 tahun di Selangor.

PANDUAN DAFTAR & MOHON BANTUAN EWALLET

Kepada mereka yang memerlukan dan berkelayakan, permohonan boleh dikemukakan pada tahun ini selagi dibuka. Panduan lengkap cara mohon telah disediakan, sila layari laman rasmi – BINGKAS 2024

Untuk memudahkan proses semakan permohonan dijalankan, setiap pemohon perlu sediakan dokumen penting yang diperlukan seperti salinan kad pengenalan.

MAKLUMAT LANJUT

Kerajaan perpaduan telah menyediakan lebih banyak jenis kemudahan serta inisiatif khususnya berbentuk bantuan kewangan bagi meringankan beban rakyat yang terjejas. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk memohon – SEMAK DISINI untuk ketahui info lengkap maklumat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button