BANTUANBINGKASeWallet

Program Bantuan Ewallet RM300 : Untuk Golongan B40

Program Bantuan Ewallet RM300 ditawarkan kepada golongan keluarga B40 yang berkelayakan dan memerlukan pada tahun ini. Bagi makluman umum, pemberian inisiatif khas ini merupakan salah satu bantuan yang ada dan boleh dimohon.

PROGRAM BANTUAN EWALLET RM300 (BULANAN)

Pihak kerajaan negeri telah memperkenalkan sebuah insentif yang dikenali sebagai bantuan kehidupan sejahtera atau bingkas. Atas keprihatinan kerajaan, program istimewa ini masih dilancarkan bagi sesi tahun 2024.

Pada tahun lalu, kerajaan mensasarkan sekitar 30 ribu buah keluarga akan menerima manfaat bantuan ini secara bulanan. Kepada pemohon yang layak, pemberian bantuan ini tidak diberikan secara tunai, ianya akan disalurkan dalam bentuk ewallet setiap bulan.

Amaun yang dikreditkan secara bulanan pada kadar RM300 tersebut boleh digunakan dengan membelanjakannya membeli barangan keperluan asas. Perlaksanaan program khas ini adalah bagi meringankan beban kewangan golongan yang memerlukan serta memupuk budaya pembayaran tanpa tunai.

KADAR BANTUAN EWALLET (KEHIDUPAN SEJAHTERA)

Kerajaan negeri telah menetapkan kadar bantuan yang akan diberikan kepada pemohon yang layak adalah berjumlah RM300 sebulan. Bersamaan RM3,600 dalam tempoh setahun (12 bulan) tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan.

KRITERIA KELAYAKAN MOHON BANTUAN EWALLET

Beberapa kriteria syarat kelayakan asas bagi mendapatkan manfaat dari program bantuan bingkas ini adalah seperti berikut :

  • Dibuka untuk Warganegara Malaysia sahaja
  • Pendapatan isi rumah dibawah RM3,000 (B40)
  • Keluarga yang mempunyai tanggungan berumur 18 tahun ke bawah
  • Lahir di negeri Selangor atau telah menetap melebihi 10 tahun
  • Merupakan pemilih berdaftar.

LANGKAH PANDUAN DAFTAR PROGRAM BANTUAN EWALLET

Kepada mereka yang kurang berkemampuan dan berkelayakan, permohonan boleh dikemukakan pada tahun ini bagi mendapatkan bantuan khas ini. Panduan lengkap telah disediakan, sila layari laman utama rasmi bantuan – Kehidupan Sejahtera (BINGKAS)

Setiap individu juga boleh kemukakan pendaftaran melalui aplikasi Selangkah, kalian boleh muat turun melalui apps store di telefon pintar masing-masing.

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat lebih banyak jenis kemudahan serta inisiatif berbentuk bantuan tunai telah disediakan oleh kerajaan perpaduan bagi meringankan beban rakyat yang terjejas. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk dimohon – SEMAK DISINI sebagai rujukan umum.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button