i-SayangKWSP

Program Skim Kemudahan Pengeluaran I-Sayang KWSP

Untuk sedia maklum pada tahun ini terdapat satu lagi kemudahan telah diperkenalkan oleh pihak KWSP iaitu Program Skim Kemudahan Pengeluaran I-Sayang. Program Kemudahan ini diperkenalkan bagi tujuan memberikan kemudahan pada golongan wanita iaitu kepada para isteri serta ibu untuk tahun 2022.

I-Sayang KWSP 2022

Program Skim I-Sayang ini adalah merupakan sebuah kemudahan yang telah diperkenalkan dan bakal dilaksanakan oleh pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja atau lebih dikenali sebagai KWSP pada bulan November 2021. Program kemudahan bertujuan bagi meningkatkan kesejahteraan para ahli KWSP dalam menjamin simpanan pada masa hadapan.

Menerusi kenyataan pengerusi KWSP telah menjelaskan bahawa skim kemudahan pengeluaran I-sayang ini seperti berikut :

  • Pemindahan wang secara sukarela serendah jumlah dua peratus caruman KWSP kedalam akaun para isteri
  • Perlaksanaan kemudahan pengeluaran i-sayang ini bermula pada suku pertama tahun ini
  • Sebarang maklumat berkenaan program kemudahan i-sayang akan dikemaskini dari semasa ke semasa

Kadar Bayaran I-Sayang KWSP

Di bawah telah disediakan butiran maklumat kadar bayaran berkenaan i-sayang KWSP seperti berikut :

  • Bayaran caruman sebanyak serendah 2% akan diberikan kepada isteri ahli
  • Pemindahan caruman dilakukan secara sukarela dari akaun suami ke akaun isteri
  • Pihak KWSP turut bersetuju kepada caruman lebihan secara sukarela di mana ahli boleh meminta kepada majikan untuk meningkatkan jumlah kepada 11% kadar berkanun.

Cara Mohon I-Sayang KWSP

Untuk makluman semua, pihak KWSP masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berkenaan permohonan skim kemudahan i-sayang KWSP ini. Dijangkakan akan dilaksanakan pada suku pertama tahun 2022 dan sebarang maklumat terbaru berkenaan program kemudahan I-Sayang ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Maklumat Lanjut

Pada tahun ini terdapat pelbagai jenis kemudahan telah diperkenalkan oleh pihak KWSP untuk para ahli pencarum. Tidak ketinggalan, pihak Kerajaan juga telah memperkenalkan pelbagai inisiatif kepada rakyat Malaysia yang memerlukan khususnya bantuan berbentuk kewangan. Jika anda terlepas pandang dan ingin semak senarai bantuan yang ada pada tahun 2022 yang berkelayakan untuk anda mohon, sila ke Laman Utama yang telah disediakan – KLIK DI SINI

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button