BANTUANBLPJKM

Bantuan Kewangan RM200 Sebulan Melalui Program BLP

Bantuan Kewangan RM200 Sebulan ditawarkan melalui program latihan perantis (BLP) kepada rakyat Malaysia pada tahun ini. Inisiatif istimewa ini adalah merupakan sebuah bantuan khas yang disediakan bagi memberi manfaat kepada rakyat.

BANTUAN KEWANGAN RM200 SEBULAN

Pihak kerajaan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah menyediakan pelbagai inisiatif dalam skim bantuan kebajikan. Salah satu insentif yang masih boleh dimohon adalah melalui Program bantuan latihan perantis (BLP).

Untuk makluman, kadar yang diberikan kepada pemohon yang layak menyertai adalah berjumlah RM200 dan akan dibayar setiap bulan dalam tempoh yang ditetapkan. Dengan adanya program khas seperti ini dapat membantu meringankan beban mereka yang terlibat.

Tujuan utama perlaksanaan program BLP ini masih diteruskan pada tahun ini adalah bagi membantu klien jabatan dan anak-anak penerima bantuan yang tercicir. Mereka yang sedang menggangur, lepasan sekolah serta bekas pelatih layak untuk menyertai latihan kemahiran atau latihan sambil bekerja ini.

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN KEWANGAN RM200 (BLP)

Berikut adalah beberapa kriteria syarat kelayakan yang telah ditetapkan bagi mendapatkan bantuan BLP RM200 sebulan ini seperti :

  1. Warganegara Malaysia
  2. Anak kepada penerima bantuan atau bekas pelatih/ penghuni dari institusi kebajikan
  3. Kes-kes seliaan akhlak
  4. Bekas pelatih perintah khidmat masyarakat

Info : Setiap kelulusan adalah berdasarkan tempoh latihan dan maksimum sehingga 24 bulan bersamaan 2 tahun.

Perlaksanaan program bantuan kebajikan adalah selaras dengan senarai bersama (Concurrent List) diantara pihak kerajaan persekutuan dan negeri. Perkara ini telah termaktub dalam peruntukan perlembagaan persekutuan Malaysia dibawah senarai 3 jadual kesembilan (9) senarai perundangan.

CARA MOHON BANTUAN BLP RM200 SEBULAN

Kepada mereka yang sedang menggangur atau berkelayakan memerlukan, permohonan masih boleh dikemukakan pada tahun ini. Panduan cara mohon telah disediakan, untuk semak cara mohon dan muat turun borang permohonan, sila layari laman rasmi eBantuan JKM – DI SINI

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat lebih banyak kemudahan dan insentif berbentuk bantuan telah disediakan pada tahun ini untuk meringankan beban rakyat yang terjejas. Sila lihat senarai bantuan yang ada dan layak untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk maklumat lengkap.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button