BANTUANBMTFasa 2

Bayaran Bantuan Fasa 2 Dikreditkan Pada Februari

Bayaran bantuan fasa 2 akan dikreditkan pada bulan Februari 2023 ke dalam akaun penerima masing-masing. Untuk sedia maklum, bayaran BMT akan diberikan secara berfasa pada tahun ini melibatkan 3 peringkat.

Selain daripada sumbangan tunai rahmah (STR), inisiatif bantuan musim tengkujuh (BMT) turut diberikan pada awal tahun 2023.

BANTUAN TUNAI MUSIM TENGKUJUH

Untuk makluman umum, bantuan tunai musim tengkujuh ini pada tahun 2022 diberikan pada bulan november dan disember yang membabitkan bayaran sebanyak RM300 bagi setiap fasa. Atas faktor keprihatinan kerajaan, pada tahun ini telah diberikan pada awal tahun.

Penambahan bayaran juga telah dinaikkan sebanyak RM800 berbanding RM600 sebelum ini. Pembayaran BMT akan melibatkan 3 fasa iaitu Januari (RM300), februari (RM300) dan Mac (RM200). Tujuan utama pemberian insentif khas ini bagi meringankan beban rakyat yang terjejas. Bayaran bantuan fasa 2 pada bulan ini.

Program bantuan musim tengkujuh ini akan melibatkan dana peruntukan sebanyak RM9.7 juta dan akan memberikan manfaat kepada kira-kira 12,140 penerima yang terdiri daripada peneroka tanaman getah di seluruh negara.

JADUAL PEMBAYARAN

Berikut telah dikongsikan jadual penuh pembayaran bantuan khas ini seperti dibawah :

  • BMT fasa 1 : Dikreditkan bermula Januari ke akaun penerima (RM300)
  • BMT fasa 2 : Dikreditkan bermula Februari ke akaun penerima (RM300)
  • BMT fasa 3 : Dikreditkan bermula Mac ke akaun penerima (RM200).

SEMAKAN PERMOHONAN BANTUAN

Bagi yang ingin membuat semakan status permohonan BMT, sila layari portal rasmi BMT RISDA – DI SINI atau menghubungi pejabat RISDA dimana permohonan dibuat sebelum ini.

SENARAI PENERIMA INSENTIF

Dibawah telah disediakan senarai penerima bantuan BMT RM800 seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia
  • Merupakan peneroka ladang getah dan menghantar hasil getah ke tempat pusat pengumpulan FELDA
  • Kumpulan yang dalam proses tempoh tanam semula bersama pihak FELDA
  • Peneroka yang tidak mempunyai hasil kerana isu buruh atau serang penyakit pokok getah.

Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat berkenaan BMT ini, anda boleh hubungi talian khas BM RISDA di 03-4256 4022.

MAKLUMAT LANJUT

Selain daripada bantuan BMT ini, terdapat pelbagai jenis insiatif berbentuk bantuan tunai yang telah disediakan oleh pihak kerajaan pada tahun ini. Sila semak senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk anda dapatkan –SEMAK DISINI untuk maklumat penuh.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button