AidilfitriBANTUANRaya

Bantuan Raya Aidilfitri RM1000 : Disalurkan Bulan Mac Ini

Bantuan Raya Aidilfitri RM1000 akan disalurkan secara berperingkat pada bulan Mac ini kepada mereka yang terlibat. Inisiatif khas berbentuk bantuan kewangan ini diberikan bagi menyambut persiapan menjelang musim perayaan tahun 2024.

BANTUAN RAYA AIDILFITRI RM1000

Pada bulan ini terdapat pelbagai bantuan-bantuan tunai diberikan kepada rakyat sebagai persediaan ramadhan dan syawal. Beberapa negeri-negeri telah mula mengagihkan bantuan sempena menyambut aidilfitri nanti.

Baru-baru ini pihak kerajaan negeri Perak telah mengumumkan bersetuju untuk memberi duit raya atau bantuan khas kewangan raya (BKK Raya). Pemberian sumbangan berjumlah RM1000 secara one-off akan disalurkan secara berperingkat pada bulan ini.

SENARAI PENERIMA BANTUAN RAYA AIDILFITRI RM1000

Pemberian insentif bantuan khas raya ini diberikan kepada seluruh penjawat awam negeri termasuklah ketua kampung. Mereka yang berstatus guru lantikan negeri, orang besar jajahan dan pekerja sambilan harian turut menerima insentif raya ini.

Peruntukan bantuan duit raya ini melibatkan sekitan RM8.8 juta dan akan memberi manfaat kepada 8,800 penerima. Dengan adanya pemberian sumbangan ini kerajaan yakin dapat meringankan beban rakyat bagi menyambut hari raya aidilfitri tahun ini.

Bantuan istimewa raya ini juga akan diperluaskan kepada sekitar 995 ketua kampung di seluruh negeri. Perkara ini telah dimaklumkan oleh Menteri Besar Perak iaitu Datu Seri Saarani Mohamad semasa berucap di Majlis berbuka puasa bersama penjawat awam negeri.

TARIKH BAYARAN BANTUAN RAYA AIDILFITRI

Untuk makluman, pembayaran bantuan duit raya ini akan dikreditkan pada bulan ini sebelum raya aidilfitri. Untuk makluman, negeri-negeri lain juga telah mengumumkan pemberian bantuan atau bonus raya bagi tahun ini bagi memberi manfaat kepada rakyat.

Pelbagai inisiatif dan kemudahan telah diperkenalkan bagi memperkasa rakyat telah dibentangkan dalam sidangan Belanjawan 2024 untuk memberi manfaat kepada rakyat.

MAKLUMAT LANJUT

Kerajaan perpaduan telah menawarkan lebih banyak jenis inisiatif khususnya berbentuk bantuan tunai bagi meringankan beban rakyat terutama golongan memerlukan. Kepada yang terlepas pandang, sila  lihat senarai insentif bantuan yang ada pada tahun ini dan berkelayakan untuk didapatkan – SEMAK DISINI sebagai rujukan umum masyarakat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button