BANTUANeTunaiTarikh Pembayaran

Tarikh Pemberian Bantuan E-Tunai RM100 : Untuk B40 & M40

Tarikh Pemberian Bantuan E-Tunai bernilai RM100 secara ”One-Off” telahpun diumumkan oleh pihak kerajaan. Untuk sedia maklum, Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim telahpun memperkenalkan sebuah lagi inisiatif untuk rakyat Malaysia.

PEMBERIAN BANTUAN E-TUNAI RM100

Semasa Majlis Peluncuran Ekonomi Madani : Memperkasa Rakyat, Menteri Kewangan dan selaku Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan satu bantuan. Inisiatif khas tersebut adalah pemberian bantuan e-tunai RM100 ”one-off” kepada rakyat.

Apa yang menarik adalah insentif ini akan memberi manfaat kepada ramai kerana kerajaan telah memaklumkan kriteria utama. Kepada golongan berpendapatan RM100,000 dalam setahun akan layak menerima e-tunai RM100, ini bermakna kategori B40 dan M40 layak.

Bantuan khas ini berkemungkinan akan dilaksanakan sama seperti ebelia rahmah, dimana individu yang berkelayakan boleh tebus di aplikasi edompet yang terlibat. Kredit e-tunai RM100 ini ditawarkan kepada golongan dewasa berumur 21 tahun dan ke atas dan berada dalam kategori B40 & M40.

TARIKH PEMBERIAN BANTUAN E-TUNAI

Kerajaan telah memaklumkan butiran kasar berkenaan tarikh pemberian bantuan e-tunai RM100 ini. Perlaksanaan akan mula dijalankan pada suku keempat tahun 2023 seluruh negara.

Ini bermakna, perlaksanaan bantuan e-tunai untuk kategori dewasa ini akan dilakukan diantara bulan Oktober, November atau Disember tahun ini. Segala maklumat terperinci akan dikemaskini dari semasa ke semasa untuk rujukan umum masyarakat.

E-BELIA RAHMAH (E-TUNAI RM200)

Untuk makluman, bermula 26 Jun lalu kerajaan telah melancarkan kredit e-tunai ebelia rahmah bernilai RM200. Mereka yang terdiri daripada golongan belia dan mahasiswa boleh tuntut dan gunakan bantuan kredit ini.

Namun kini sudah hampir ke tarikh tutup program khas ini iaitu pada 31 Ogos 2023 dan selepas dari tarikh ini tidak boleh digunakan lagi. Kepada mereka yang berkelayakan masih boleh gunakan kredit edompet tersebut, untuk semakan sila ke laman rasmi eBelia rahmah – DI SINI

MAKLUMAT LANJUT

Pelbagai kemudahan dan inisiatif khususnya berbentuk bantuan telah ditawarkan kerajaan bagi meringankan beban kewangan rakyat yang kurang berkemampuan. Sila lihat dan semak senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk maklumat lengkap.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button