BANTUANKerajaanPenghargaan

Senarai Penerima Bantuan Tunai RM300 : Dikreditkan Bulan Ogos

Senarai penerima bantuan tunai RM300 dan RM200 telah dikreditkan pada bulan ini iaitu Ogos 2023 secara one-off. Untuk sedia maklum, Perdana Menteri Malaysia telah memperkenalkan satu lagi inisiatif yang dibayar pada bulan ini.

SENARAI BANTUAN TUNAI KHAS PENGHARGAAN

Kerajaan telah bersetuju untuk melaksanakan pemberian bantuan khas penghargaan bernilai RM300 dan RM200 kepada rakyat Malaysia. Pelancaran inisiatif khas ini adalah bagi menghargai dan membantu meringankan beban kewangan mereka yang terlibat.

Pada tahun 2023, kerajaan telah melaksanakan lebih daripada 10 inisiatif berbentuk bantuan bagi membantu rakyat terutama dari golongan B40 dan miskin. Bagi bantuan khas penghargaan ini, bayaran akan diterima pada bulan ini adalah bagi kategori seperti dibawah.

SENARAI PENERIMA BANTUAN TUNAI PENGHARGAAN

Berikut adalah senarai penerima mengikut kategori dan kadar bayaran yang telah ditetapkan seperti :

  • Bantuan RM300 : Diberikan kepada Pegawai Perkhidmatan sektor awam persekutuan Gred 56 dan kebawah secara tetap, sementara dan kontrak. Turut layak terima adalah bagi pegawai yang sedang bercuti bergaji penuh, bergaji separuh, tanpa gaji dan yang dipinjamkan termasuk ke agensi yang diasingkan
  • Bantuan RM200 : Diberikan kepada pesara kerajaan tergolong pesara berpencen, penerima pencen terbitan, pesara bersara pilihan, pesara KWSP dan belum menerima pencen. Veteran berpencen dan vetera tidak berpencen turut dapat bayaran.

Maklumat tambahan, kepada pegawai lantikan MySTEP yang masih aktif berkhidmat pada 10 Ogos 2023 dan telah dilantik sebelum 10 Ogos. Dengan syarat tempoh kontrak telah berkuatkuasa sekurang-kurangnya dalam tempoh 30 hari berturut-turut juga layak terima bantuan khas penghargaan ini.

Bantuan khas Penghargaan ini diberikan istimewa kepada rakyat Malaysia yang terdiri daripada penjawat awam dan pesara kerajaan. Inisiatif lain yang ditawarkan oleh kerajaan pada tahun ini telah diperkenalkan pada sidang – BELANJAWAN 2023

TARIKH BAYARAN BANTUAN TUNAI PENGHARGAAN

Untuk pengetahuan umum, pihak Jabatan Perkhidmatan Awam atau lebih dikenali sebagai JPA telah memaklumkan bahawa pembayaran bantuan khas penghargaan akan dilaksanakan pada :

  • 10 Ogos 2023

MAKLUMAT LANJUT

Selain daripada bantuan untuk penjawat awam, terdapat lebih banyak inisiatif berbentuk bantuan telah ditawarkan oleh kerajaan bagi meringankan beban kewangan rakyat. Sila semak senarai bantuan yang ada pada tahun ini dan berkelayakan untuk didapatkan – SEMAK DISINI untuk maklumat lengkap.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button