KerajaanPrasekolah 2023

Jadual Semakan Status Keputusan Permohonan Penempatan Murid ke Tahun 1 Sesi Persekolahan 2023/24

Untuk sedia maklum, kepada para penjaga atau ibu bapa sudah boleh membuat semakan keputusan permohonan penempatan anak ke tahun 1, membuat pengesahan penempatan atau membuat rayuan ke sekolah pilihan anda jika tidak bersetuju dengan sekolah yang telah ditetapkan mulai 1 Ogos 2022.

Untuk penjaga dan ibu bapa yang telah membuat permohonan pada bulan Mac dan April 2022, bermula hari ini 1 Ogos sudah boleh membuat semakan penempatan anak bagi persekolahan tahun 2023/24.

Semakan Status

Kepada pihak keluarga boleh membuat semakan status keputusan permohonan penempatan anak ke tahun 1 secara online melalui portal rasmi yang disediakan – https://public.moe.gov.my/

Semakan Pengesahan Penempatan Dan Rayuan

Jika para penjaga atau ibu bapa telah bersetuju dengan penempatan anak yang telah ditempatkan, pengesahan penempatan boleh anda buat di portal rasmi diatas.

Sekiranya pihak keluarga tidak bersetuju dengan sekolah yang telah ditetapkan seperti jauh dari kawasan atau ada sekolah lain menjadi pilihan, rayuan boleh dinyatakan dalam tempoh yang ditetapkan.

Tempoh Kemaskini

Untuk sebarang semakan, rayuan dan pengesahan penempatan telah dibuka selama 1 bulan bermula 1 Ogos sehingga 30 Ogos 2022. Kepada Penjaga yang ingin membuat rayuan , tarikh keputusan rayuan bagi penempatan semula tahun 1 adalah pada 1 Oktober 2022.

Tindakan perlu dibuat oleh ibubapa bagi melancarkan proses penempatan anak sama ada bagi pengesahan penempatan tahun 1 atau rayuan pilihan sekolah selain yang telah ditempatkan.

Permohonan Rayuan

  • Permohonan rayuan penempatan hanya boleh dibuat secara online (Atas talian) sahaja dan tiada proses rayuan secara manual.
  • Permohonan rayuan hanya boleh dibuat oleh pihak keluarga pada masa yang telah ditetapkan iaitu selama sebulan pada bulan Ogos 2022.
  • Jika anda ingin membuat rayuan, perakuan secara online perlu dibuat kerana butang rayuan hanya akan aktif selepas proses perakuan para penjaga dilakukan.
  • Keputusan rayuan akan dikeluarkan secara muktamad, semakan boleh dibuat dalam sistem yang sama.
  • Sila cetak dan simpan keputusan rayuan dengan selamat untuk digunakan sebagai rujukan semasa pendaftaran nanti di sekolah sekiranya diperlukan.

Sesi Persekolahan Tahun 1 2023 / 2024

Untuk makluman, persekolahan bagi sesi tahun 2023/2024 dijangka dijadualkan bermula pada tarikh:

  • 12 Mac 2023 bagi kumpulan A (Sekolah di negeri Johor, Kedah, Terengganu dan Kelantan).
  • 13 Mac 2023 bagi kumpulan B (Sekolah di negeri Pahang, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, Perak, Pulau pinang, Sabah, Sarawak, Kuala Lumpur, Labuan, Perlis dan Putrajaya).

Untuk sebarang perubahan / kemaskini akan dimaklumkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dari semasa ke semasa.

Maklumat Lanjut

Pada tahun 2022, pihak Kerajaan telah menyediakan pelbagai inisiatif untuk kemudahan dan bantuan kepada rakyat Malaysia yang memerlukan. Jika anda ingin semak senarai kemudahan, perkhidmatan dan khususnya bantuan berbentuk kewangan yang ada pada tahun ini yang berkelayakan untuk anda dapatkan, sila ke Laman Utama yang telah disediakan – TEKAN DI SINI

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button