Prasekolah 2023

Permohonan Bagi Kemasukan Prasekolah Tahun 2023

Kepada para ibu bapa atau penjaga, pendidikan prasekolah amat penting bagi kanak-kanak melalui proses pembelajaran awal. Program pendidikan prasekolah adalah merupakan salah satu program yang mana menyediakan pengalaman pembelajaran bagi kanak-kanak yang berusia 4 – 6 tahun sebelum ke tahun 1.

Manfaat Program Pendidikan Prasekolah

Objektif utama program pendidikan prasekolah ini ditubuhkan adalah bagi menyuburkan potensi kanak-kanak dalam pebagai aspek.

Contohnya, dari segi aspek menguasai kemahiran asas, perkembangan dan memupuk sikap yang positif sebagai salah satu persedian untuk melangkah masuk ke alam persekolahan rendah.

Untuk makluman umum, bagi permohonan prasekolah KPM untuk sesi prasekolah bagi tahun 2023, kini telah dibuka pada 1 Mac 2022. Anda boleh membuat permohonan sehingga tarikh tutup pada 30 April 2022.

Permohonan boleh dibuat secara manual dan online (Atas talian) maklumat dari pautan rasmi KPM.

Syarat Kelayakan
  • Kanak-kanak wajib berstatus Warganegara Malaysia
  • Pemohonan / kanak-kanak yang lahir pada 2 Januari 2017 hingga 15 Januari 2019 layak memohon
  • Bagi pemilihan murid dilakukan di peringkat sekolah menerusi Jawatankuasa Pemilihan Murid Prasekolah
Panduan Cara Pendaftaran Prasekolah KPM Bagi Sesi Tahun 2023

Kepada golongan penjaga atau ibu bapa boleh membuat pendaftaran kemasukan anak anda bagi sesi prasekolah 2023 secara atas talian (Online) E-Prasekolah dan anda juga boleh membuat permohonan secara manual melalui sekolah yang dimohon. Di bawah telah disediakan cara permohonan secara online dan manual

Permohonan E-Prasekolah – Online

Ini merupakan kaedah pendaftaran yang dilakukan secara atas talian (Online). Kepada pemohon sila layari portal rasmi e-prasekolah yang telah disedikan di bawah :

  • Aplikasi Permohonan Presekolah – DI SINI
  • Kepada pengguna yang baru sahaja menggunakan sistem ini, anda hendaklah mendaftar terlebih dahulu
Permohonan Prasekolah – Manual
  • Kepada ibu bapa atau penjaga boleh dapatkan borang permohonan di mana-mana sekolah atau institusi yang ingin dimohon. Borang hendah diisi lengkap dan sertakan dokumen yang berkaitan sebelum dihantar ke sekolah
  • Tempoh yang telah ditetapkan bagi permohonan prasekolah secara manual bermula 1 Mac 2022 sehingga 31 Mei 2022
Maklumat Lanjut

Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut berkenaan Prasekolah bagi sesi 2023, anda boleh terus ke Portal Rasmi KPM bagi tujuan semakan. Kepada yang terlepas pandang, pada tahun ini terdapat pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan. Jika anda ingin semak senarai bantuan khususnya berbentuk kewangan yang ada pada tahun 2022 yang berkelayakan untuk anda membuat permohonan, sila ke Laman Utama yang telah disediakan – KLIK DISINI

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button