Kanak-kanakPrasekolah 2023

Cara Pendaftar Permohonan Prasekolah Bagi Tahun 2023

Ini adalah maklumat penting bagi para ibu bapa atau penjaga, Pendidikan awal Prasekolah merupakan perkara yang penting bagi kanak-kanak melalui proses pembelajaran awal untuk tumbesaran.

Program Pendidikan awal Prasekolah adalah merupakan satu program yang menyediakan pengalaman pembelajaran bagi anak-anak yang berumur dari 4 hingga 6 tahun sebelum melangkah ke 7 tahun iaitu tahun 1 persekolahan.

Tujuan Utama Program Pendidikan Awal Prasekolah

Tujuan atau objektif utama Program Pendidikan awal Prasekolah ini diwujudkan adalah bagi menyuburkan potensi kepada anak-anak dalam pelbagai aspek yang positif.

Seperti dari aspek menguasai kemahiran asas, memupuk sikap dan perkembagan tumbesaran yang positif sebagai salah satu persediaan untuk melangkah masuk ke alam persekolahan.

Daftar Permohonan Prasekolah Sesi Tahun 2023

Untuk makluman kepada para ibu bapa, Bagi pendaftaran permohonan Prasekolah KPM untuk sesi prasekolah tahun 2023 kini telah dibuka. Tarikh permohonan dibuka dari tarikh 1 Mac 2022 sehingga tarikh tutup pada tanggal 30 April 2022 (Online). Pihak penjaga disarankan membuat permohonan awal bagi proses lancar dan mengelakkan tempat penuh.

Permohonan Prasekolah sesi tahun 2023 boleh dibuat secara Online (Atas talian) dan manual. Di bawah telah disediakan panduan untuk membuat permohonan prasekolah tahun 2023.

Cara Mendaftar Permohonan Prasekolah KPM Tahun 2023

Kepada para penjaga dan Ibubapa, anda boleh membuat pendaftaran kemasukan anak anda bagi prasekolah sesi tahun 2023 melalui 2 kaedah iaitu secara Online (Atas talian) E-Prasekolah atau anda juga boleh membuat permohonan secara manual melalui sekolah yang ingin di mohon. Panduan pendaftaran seperti berikut :

Pendaftaran Prasekolah Secara Manual

  • Kepada penjaga dan ibubapa, anda boleh dapatkan borang daftar permohonan di mana-mana cawangan sekolah atau institusi yang ingin dimohon. Borang haruslah diisi lengkap bersertakan dokumen penting yang berkaitan sebelum dihantar ke sekolah berkenaan.
  • Anda boleh membuat pendaftaran dalam tempoh yang telah ditetapkan secara manual iaitu bermula 1 Mac 2022 sehingga 31 Mei 2022.

Pendaftaran Prasekolah Secara Online 

Kepada penjaga / Ibubapa, sila layari Laman Rasmi E-Prasekolah yang telah disediakan seperti berikut :

  • Aplikasi permohonan e-prasekolah KPM – DI SINI
  • Kepada pengguna yang baru, anda hendaklah mendaftar terlebih dahulu.
  • Bagi pedaftaran Pasekolah secara online dibuka pada 1 Mac 2022 sehingga 30 April 2022.

Kepada para Ibubapa, anda dinasihatkan untuk mendaftarkan anak untuk menjalani pendidikan awal prasekolah agar mereka mendapatkan proses pembelajaran yang positif.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lebih terperinci berkenaan Prasekolah ini, anda boleh layari Portal Rasmi KPM yang telah disediakan diatas. Pada tahun ini terdapat pelbagai Inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu rakyat yang memerlukan termasuklah kepada golongan kanak-kanak. Jika anda terlepas pandang dan ingin membuat semakan bantuan khususnya berbentuk kewangan yang ada pada tahun 2022 yang berkelayakan untuk anda mohon, sila ke Laman Utama yang telah disediakan – KLIK DISINI

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button