KWSPPengeluaran Khas

RASMI : Pengeluaran KWSP Akaun 2 Kini Dibenarkan Untuk Tujuan Peribadi

Untuk makluman, Pengeluaran Akaun 2 KWSP kini dibenarkan bagi para pencarum yang mempunyai tujuaan seperti yang telah disenaraikan. Ramai yang tidak berpuas hati ekoran kesulitan untuk melakukan pengeluaran wang KWSP dalam akaun mereka.

Tahukah anda, bahawa terdapat banyak jenis pengeluaran yang boleh anda lakukan selagi menepati syarat dan kriteria yang telah ditetapkan oleh pihak KWSP untuk pengeluaran di AKAUN 2 KWSP. Duit tersebut merupakan wang para pencarum sendiri yang terkumpul dalam tabung dan caruman yang dibuat melalui pengeluaran Akaun 2 KWSP masing-masing.

Pengeluaran Akaun 2 KWSP adalah bagi tujuan peribadi ahli sendiri dan tujuan untuk membina rumah atau mengubah suai rumah untuk peribadi , pendidikan dan lain-lain perkara sebenarnya dibenarkan untuk mengeluarkan pengeluaran KWSP akaun 2.

Pengeluaran Khas KWSP Akaun 2 Bertujuan Peribadi

Seperti yang telah disediakan anda boleh semak maklumat termasuk jenis pengeluaran, borang permohonan, panduan mohon duit pengeluaran akaun 2 KWSP untuk tujuan peribadi pada tahun 2022.

Pembayaran Ibadah Haji

Bagi mengurangkan beban kos menunaikan ibadah haji ahli, wang daripada akaun 2 anda boleh dikeluarkan dengan cara membuat permohonan pengeluaran KWSP i-akaun untuk tujuan pembelanjaan haji dan tujuan daftar haji dengan pihak Lembaga Tabung Haji.

Pembayaran Rawatan Perubatan

Sekiranya anda menghadapi masalah melibatkan kesihatan dan terlibat 36 penyakit kritikal , anda boleh membuat pengeluaran pada akaun 2 KWSP bagi tujuan menampung kos perubatan dan pembelian alat kesihatan.

Pengeluaran Untuk Pendidikan

Kepada yang ingin menyampung pelajaran pengajian tinggi pelu membayar yuran yang agak mahal untuk menikmati kemudahan Universiti pilihan.

Pihak KWSP telah memberikan pilihan dan kemudahan pengeluaran EPF untuk ahli menampung pengajian tinggi anak anda jika kemudahan pinjaman PTPTN tidak dapat menampung.

Pengeluaran Untuk Pembelian Rumah

Pihak KWSP telah menyediakan kemudahan untuk membantu ahli memiliki rumah sendiri pertama sama ada melalui pembinaan baru , rumah subsale, rumah lelong atau beli melalui Rumah Mesra Rakyat (RMR) 2022.

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda ingin semak senarai kemudahan, inisiatif atau bantuan berbentuk kewangan yang telah disediakan oleh pihak Kerajaan, anda boleh ke halaman utama – KLIK DI SINI

 

Related Articles

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button