Berita GembiraKWSP

KWSP Umum Berita Gembira : Untuk Pencarum Bagi Tahun 2024

KWSP Umum Berita Gembira untuk semua pencarum bagi tahun 2024 dengan menyediakan pelbagai kemudahan dan pengeluaran. Untuk makluman umum, terdapat lebih banyak jenis kemudahan bakal dilaksanan pada tahun ini bagi memberi manfaaat kepada rakyat.

KWSP UMUM BERITA GEMBIRA (AKAUN FLEKSIBEL)

Mulai bulan April 2024, pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja akan melancarkan akaun 3 sebagai akaun simpanan khas untuk kecemasan dan keperluan. Akaun ini berfungsi sebagai akaun fleksibel yang membenarkan para ahli KWSP mengeluarkan simpanan mereka ketika memerlukan.

Dengan bakalnya ada akaun ketiga ini dapat memberi lebih banyak pilihan dalam menguruskan wang simpanan mereka tanpa menjejaskan pendapatan. Segala butiran terperinci berkenaan akaun fleksibel ini akan dimaklumkan nanti.

KWSP UMUM BERITA GEMBIRA (SSPN)

Pelancaran Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) adalah sebagai sebuah inisiatif bagi membantu para pencarum menyimpan dana bagi tujuan pendidikan anak-anak. SSPN ini adalah merupakan skim simpanan yang menawarkan banyak faedah antaranya termasuk potongan cukai dan dividen tahunan.

PENGELUARAN KWSP UNTUK TUJUAN (PERUMAHAN)

Kepada yang terlepas pandang, KWSP sebenarnya membenarkan ahli membuat pengeluaran untuk tujuan perumahan seperti membeli rumah, bina rumah dan menyelesaikan baki pinjaman perumahan.

Pencarum KWSP juga boleh menyelaraskan dana dalam akaun KWSP masing-masing untuk digunakan sebagai pembayaran deposit rumah pertama. Kemudahan inisiatif ini memberikan manfaat kepada ahli dalam memperoleh pembiayaan perumahan pada kadar faedah yang lebih rendah.

PENGELUARAN FSA2 KWSP SEHINGGA RM50,000

Bermula April 2023, pengeluaran khas bersyarat FSA2 KWSP fasa 1 telah mula dilaksanakan. Ahli yang berkelayakan boleh membuat permohonan pengeluaran minimum RM3,000 sehingga maksimum RM50,000 secara one-off.

Skim pengeluaran fasiliti sokongan akaun 2 (FSA2) ini diperkenalkan adalah bagi membantu ahli KWSP mendapatkan pembiayaan peribadi melalui institusi perbankan. Bagi fasa pertama (1), institusi perbankan yang terlibat adalah CIMB Bank, Bank Simpanan Nasional dan MBSB.

Kepada anda yang ingin mengetahui lebih banyak maklumat terkini berkenaan kemudahan yang disediakan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja. Sila layari laman rasmi utama – KWSP 2024

MAKLUMAT LANJUT

Kerajaan perpaduan telah menyediakan pelbagai jenis kemudahan serta inisiatif khususnya berbentuk bantuan tunai bagi meringankan beban rakyat Malaysia. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk didapatkan – SEMAK DISINI sebagai rujukan umum masyarakat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button