BANTUANFasa 1STRSTR 2024

STR 2024 : Jadual Bayaran Bantuan Tunai Fasa 1 Telah Diumum

STR 2024 : Jadual Bayaran bantuan tunai fasa 1 telah diumumkan oleh pihak kerajaan yang akan dilaksanakan secara berperingkat. Seperti sedia maklum, pemberian Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan terus dilancarkan bagi sesi tahun 2024.

STR 2024 : JADUAL BAYARAN FASA 1

Untuk pengetahuan umum, pembayaran sumbangan tunai rahmah 2024 akan diagihkan secara berperingkat mengikut fasa seperti tahun lalu. Buat waktu terdekat, kerajaan akan salurkan peruntukan bagi bayaran STR fasa pertama kepada rakyat.

Jadual bayaran bagi fasa 1 akan mula disalurkan pada bulan hadapan, dijangkakan seawal pertengahan atau selewatnya penghujung bulan Februari. Kesemua kategori akan terlibat menerima insentif bantuan kewangan ini pada fasa pertama nanti.

Kadar bayaran fasa 1 yang akan diberikan adalah RM500 kepada kategori isi rumah B40, manakalah isi rumah M40 akan menerima daripada 100 hingga RM300. Untuk belia bujang akan menerima RM100 dan warga emas RM150.

JUMLAH BAYARAN STR 2024 MENGIKUT KATEGORI

Jumlah pemberian STR 2024 berbeza mengikut kategori kelayakan dan bilangan tanggungan anak. Kadar keseluruhan yang akan dikreditkan mengikut kategori adalah seperti berikut :

KATEGORI ISI RUMAH (PENDAPATAN RM2,500/ B40)

  • Tidak mempunyai anak (0) : RM1,000
  • Mempunyai tanggungan anak (1-2) : RM1,500
  • Mempunyai tanggungan anak (3-4) : RM2,000
  • Mempunyai tanggungan anak (5 keatas) : RM2,500

ISI RUMAH (PENDAPATAN RM5,000/ M40)

  • Tidak mempunyai anak (0) : RM500
  • Mempunyai tanggungan anak (1-2) : RM750
  • Mempunyai tanggungan anak (3-4) : RM1,000
  • Mempunyai tanggungan anak (5 keatas) : RM1,250

KATEGORI BUJANG & WARGA EMAS

  • Bujang : RM350
  • Warga emas : RM600

Nota : Jumlah diatas akan dibayar mengikut pecahan fasa, hanya kategori isi rumah yang layak menerima maksimum bayaran sehingga RM2,500. Amaun tersebut tidak termasuk nilai bantuan tambahan SARA.

SEMAKAN STATUS STR 2024 (KEMASKINI MAKLUMAT)

Setiap individu penerima bantuan ini disarankan membuat pengemaskinian maklumat bagi mendapatkan kadar bayaran bantuan yang sepatutnya. Untuk semak status, kemaskini maklumat atau pendaftaran permohonan baharu, sila layari laman rasmi MySTR 2024 – DI SINI

MAKLUMAT LANJUT

Kepada yang terlepas pandang, pada tahun ini pelbagai jenis kemudahan dan inisiatif khususnya berbentuk bantuan kewangan bagi meringankan beban rakyat. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada dan layak untuk didapatkan – SEMAK DISINI untuk info lengkap maklumat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button