BKMFasa 2Tarikh Pembayaran

Semakan Status Pembayaran Fasa 2 BKM Sehingga 5 Julai

Ramai yang sedang menunggu bayaran BKM Fasa 2 masuk ke akaun masing-masing, untuk sedia maklum bayaran Fasa kedua telah bermula 27 Jun 2022 secara berperingkat. Bagi makluman, pembayaran akan diberikan sehingga 5 Julai 2022 dan diharapkan penerima yang masih menunggu bersabar kerana pembayaran dilakukan secara berperingkat.

Bantuan Keluarga Malaysia

Program BKM ini adalah merupakan skim bantuan berbentuk tunai yang melibatkan dana bantuan terbesar pada tahun ini. Tujuan utama pemberian bantuan ini bagi membantu meringankan beban Keluarga Malaysia yang berpendapatan rendah dan sederhana pada tahun ini dan supaya tidak tercicir dari komuniti.

Bagi jumlah pembayaran BKM akan melalui 4 fasa iaitu pada bulan Mac (Selesai), Jun (Sedang dalam proses pembayaran), September bagi Fasa 3 dan akhir pada bulan Disember bagi Fasa 4. Jumlah keseluruhan BKM adalah sehingga RM 2,600.

Kadar Bayaran BKM Fasa 2

Bagi kadar bayaran fasa 2 ini adalah sebanyak RM 100 sehingga RM 500 bergantung kategori kelayakan. Tambahan baru-baru ini pihak kerajaan telah bersetuju memberi penambahan bayaran sebanyak RM 50 kepada bujang dan RM 100 kepada isi rumah.

Semakan Status Pembayaran

Untuk sedia maklum, pembayaran sedang dilakukan bermula 27 Jun sehingga 5 Julai secara berperingkat mengikut senarai bank. Anda yang sudah terima dan ada yang masih belum terima, bagi yang masih sedang menunggu, anda boleh membuat semakan secara online berkenaan status bayaran BKM Fasa 2 akaun anda. Anda perlu layari Portal Rasmi BKM – DI SINI

Kemudian sila log masuk akaun anda dan klik butang semakan, maklumat pembayaran akan dipaparkan di skrin anda. Jika status Berjaya Kredit, bermakna bayaran sudah dimasukkan dalam akaun anda. Di bahagian bawah ada tertera tarikh kredit jika sudah dimasukkan.

Walaupun ada sebahagian rakyat mengeluh dengan jumlah bantuan, diharapkan bersyukur dan berterima kasih dengan adanya bantuan tunai seperti ini dapat membantu meringankan serba sedikit pembelanjaan pada tahun ini.

Maklumat Lanjut

Pada tahun 2022 terdapat pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi rakyat yang memerlukan khususnya bantuan berbentuk kewangan. Jika anda terlepas pandang dan ingin semak senarai bantuan yang ada pada tahun ini yang berkelayakan untuk anda memohon, sila ke Laman Utama yang telah disediakan – KLIK DI SINI

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button