10k DiluluskanKWSPStatus PermohonanTarikh Pembayaran

Bayaran Pengeluaran Khas KWSP Bermula 5 Mei 2022

Untuk sedia maklum, Pihak KWSP telah mula membuat bayaran Pengeluaran Khas KWSP secara berperingkat kepada ahli KWSP bermula 18 April 2022. Namun masih ramai yang sedang menunggu status permohonan dari diterima kepada lulus. Jika status terima status Kelulusan yang berwarna hijau, secara automatik tarikh bayaran akan dipaparkan di skrin.

Tarikh Bayaran Pengeluaran Khas KWSP

Untuk makluman umum, pembayaran Pengeluaran Khas KWSP telah mula dikreditkan ke akaun bank ahli secara berperingkat bermula 18 April 2022 yang lalu.

Kepada ahli KWSP yang membuat permohonan dari 28 April 2022, anda akan menerima pembayaran pengeluaran khas bermula 5 Mei 2022. Diharapkan kepada para ahli KWSP bersabar kerana permohonan pengeluaran khas dilakukan ramai dan bayaran ini dijalankan secara berperingkat.

Tarikh Permohonan Pengeluaran Khas Masih Dibuka

Bagi ahli KWSP yang masih belum membuat permohonan pengeluaran khas ini, permohonan masih dibuka dan akan ditutup pada tarikh 30 April 2022 iaitu sebelum menjelang bulan perayaan aidilfitri.

Panduan Cara Memohon

  1. Sila layari Portal Rasmi Pengeluaran Khas KWSP – DI SINI
  2. Tekan butang “Permohonan”
  3. Sila isi Nombor Kad Pengenalan dan Nombor telefon bimbit
  4. Tekan teruskan dan sila masukkan nombor OTP atau soalan keselamatan
  5. Letakan jumlah amaun pengeluaran khas anda
  6. Pada skrin akan dipaparkan jumlah maksimum yang anda boleh keluarkan
  7. Tekan amaun pilihan anda
  8. Tekan teruskan
  9. Selesai

Kaedah Pembayaran Pengeluaran Khas KWSP

Sila pastikan anda penuhi syarat perkara dibawah bagi memastikan proses urusan pembayaran pengeluaran khas KWSP berjalan lancar seperti berikut :

  • Sila pastikan akaun Bank dalam keadaan status Aktif
  • Pembayaran secara kredit ke akaun Bank Simpanan atau Semasa
  • Akaun bank didaftarkan atas nama sendiri (Akaun Bank bersama atau syarikat tidak dibenarkan)

Sekiranya anda mempunyai pertanyaan atau ingin mengetahui lebih terperinci berkenaan pengeluaran Khas KWSP, anda bole ke laman rasmi Pengeluaran Khas KWSP telah disediakan diatas atau hubungi terus talian Hotline Pengeluaran Khas KWSP – 03 8922 4848.

Maklumat Lanjut

Seperti yang ramai ketahui, pada tahun ini terdapat pelbagai inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu keluarga Malaysia yang memerlukan lebih-lebih lagi bantuan berbentuk kewangan. Jika anda ini semak senarai bantuan yang ada pada tahun ini yang berkelayakan untuk anda mohon, sila ke Laman Utama yang telah disediakan – KLIK DISINI

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button