BANTUANMySTRSemakanSTRSumbanganTunaiRahmah

MySTR : Semakan Bayaran Bantuan Tunai Fasa Berikutnya

MySTR : Semakan Bayaran Bantuan Tunai Fasa berikutnya iaitu fasa ketiga yang dijadualkan pada bulan Ogos tahun ini. Seperti sedia maklum, pemberian inisiatif berbentuk bantuan kewangan ini adalah merupakan sebahagian insentif di bawah Belanjawan 2024.

MYSTR : SEMAKAN BAYARAN BANTUAN TUNAI 2024

Kepada yang telepas pandang, pihak kerajaan telah bersetuju untuk meneruskan perlaksanaan program Sumbangan Tunai Rahmah bagi sesi tahun 2024. Menerusi pemberian bantuan tunai STR ini akan memberi manfaat kepada sekitar 9 juta penerima yang telah berjaya berdaftar.

Pada tahun ini, kategori yang terlibat adalah belia bujang, isi rumah dan warga emas tiada pasangan. Kadar jumlah bayaran bantuan adalah sehingga RM3,700 dan amaun bergantung kepada kategori kelayakan dan bilangan anak setiap isi rumah.

BAYARAN BANTUAN MYSTR FASA 3 (OGOS)

Bagi pengetahuan umum, pembayaran bantuan bantuan tunai STR fasa pertama dan fasa kedua telah selesai dibayar pada bulan Januari dan April 2024. Pengagihan bayaran fasa berikutnya (3) akan disalurkan pada bulan Ogos nanti secara berperingkat.

Seperti fasa sebelumnya, kadar bayaran akan dikreditkan mengikut kelayakan pendapatan dan bilangan anak isi rumah. Bagi mereka yang tidak tahu atau terlepas pandang, di bawah dikongsikan butiran maklumat berkenaan jumlah bayaran STR 2024 mengikut kategori.

JUMLAH BAYARAN MYSTR MENGIKUT KATEGORI

Berikut adalah jumlah pembayaran bantuan tunai STR sesi tahun 2024 yang telah dimaklumkan mengikut kelayakan kategori.

KATEGORI BUJANG & WARGA EMAS

  • Belia bujang (21 tahun dan ke atas) : RM350
  • Warga emas (60 tahun dan ke atas) : RM600

KATEGORI ISI RUMAH (PENDAPATAN RM2,500)

  • Bilangan anak (0) : RM1,000
  • Bilangan anak (1-2) : RM1,500
  • Bilangan anak (3-4) : RM2,000
  • Bilangan anak (5 keatas) : RM2,500

ISI RUMAH (PENDAPATAN RM5,000)

  • Bilangan anak (0) : RM500
  • Bilangan anak (1-2) : RM750
  • Bilangan anak (3-4) : RM1,000
  • Bilangan anak (5 keatas) : RM1,250

Nota : Jumlah bayaran diatas akan dikreditkan mengikut pecahan setiap fasa pada tahun ini. Segala maklumat terkini berkenaan kemaskini STR akan dimaklumkan dari semasa ke semasa untuk rujukan umum.

SEMAKAN STATUS BAYARAN MYSTR SESI 2024

Kepada penerima sedia ada Sumbangan Tunai Rahmah, kalian boleh membuat semakan status bayaran mengikut kategori dan pengemaskini maklumat terkini. Untuk semakan status, sila layari laman portal rasmi bantuan tunai – MySTR 2024

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat lebih banyak kemudahan serta inisiatif khususnya berbentuk bantuan telah disediakan oleh kerajaan perpaduan bagi meringankan beban rakyat yang terjejas. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk didapatkan – SEMAK DISINI untuk ketahui info lengkap maklumat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button