BANTUANFasa 2STRSumbanganTunaiRahmah

Bantuan STR Fasa Kedua : Mula Dikreditkan Pada Hari Ini

Bantuan STR Fasa Kedua telahpun mula dikreditkan kepada penerima bermula hari ini secara berperingkat sehingga 9 April. Seperti sedia maklum, pemberian inisiatif khas ini merupakan bantuan dibawah Belanjawan 2024.

BANTUAN STR FASA KEDUA TAHUN 2024

Pihak kerajaan secara rasmi telah mengumumkan tarikh pembayaran bantuan Sumbangan Tunai Rahmah bahi sesi fasa kedua dibayar bermula 3 April sehingga 9 April 2024. Pengagihan dilakukan secara pengkreditan terus ke dalam akaun bank dan tebus tunai di kaunter BSN bagi penerima tiada kad bank.

Apa yang menarik adalah insentif bantuan tunai STR fasa kedua ini diberikan seminggu sebelum menyambut perayaan aidilfitri. Dengan adanya bantuan khas ini dapat memberi kegembiraan kepada rakyat terutama golongan B40 dan M40 terutama beragama islam bagi menyambut hari raya.

KADAR BAYARAN BANTUAN STR FASA KEDUA

Kerajaan telah memaklumkan bahawa pemberian bantuan STR fasa 2 ini melibatkan kadar dari RM100 sehingga RM650. Jumlah ditentukan mengikut kategori kelayakan dan bilangan tanggungan anak bagi setiap isi rumah.

Kategori penerima yang terlibat bagi fasa 2 adalah belia bujang, warga emas serta isi rumah. Jumlah yang akan diterima mengikut kategori adalah seperti di bawah.

KATEGORI BELIA BUJANG & WARGA EMAS

  • Belia bujang (21 tahun dan ke atas) : RM100
  • Warga emas (Tiada pasangan) : RM150

KATEGORI ISI RUMAH B40 (PENDAPATAN RM2,500)

  • Tiada anak (0) : RM150
  • Mempunyai bilangan anak (1-2) : RM300
  • Mempunyai bilangan anak (3-4) : RM500
  • Mempunyai bilangan anak (5 keatas) : RM650

ISI RUMAH M40 (PENDAPATAN RM5,000)

  • Tiada anak (0) : RM100
  • Mempunyai bilangan anak (1-2) : RM200
  • Mempunyai bilangan anak (3-4) : RM250
  • Mempunyai bilangan anak (5 keatas) : RM300

Nota : Pembayaran bantuan tunai STR telah mula dikreditkan ke dalam akaun bank pada 3 April sehingga 9 April ini secara berperingkat. Bagi mereka yang tiada kad bank, sila hadir ke kaunter Bank Simpanan Nasional berdekatan untuk tebus secara tunai.

SEMAKAN STATUS BAYARAN BANTUAN STR FASA KEDUA

Bermula hari ini setiap penerima STR boleh membuat semakan status pembayaran masing-masing secara online. Untuk semak sila layari laman portal rasmi bantuan tunai – STR 2024

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat lebih banyak kemudahan dan insentif berbentuk bantuan telah disediakan oleh kerajaan perpaduan bagi meringankan beban rakyat yang memerlukan. Sila lihat senarai bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk dimohon – SEMAK DISINI sebagai rujukan umum.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button