KWSP

Pengeluaran Khas KWSP 2.0 ~ Kerajaan Bersetuju Akan Pertimbangkan

Pada waktu ini, ramai rakyat Malysia terutama para pencarum KWSP masih berharap agar perlaksanaan bagi kebenaran pengeluaran khas 2.0 dapat dilaksanakan dan dilancarkan pada masa akan datang.

Terdapat pelbagai langkah seperti sokongan agar perkara ini dapat dilaksanakan oleh pihak kerajaan. Perkara ini telah mendapat perhatian daripada Timbalan Menteri Kewangan 2, YB Tuan Mohd Shadar Bin Abdullah dan beliau telah memberikan maklum balas berkenaan perkara tersebut. Untuk semakan pelbagai informasi mengenai kerajaan dari semasa ke semasa – KLIK DI SINI

PIHAK KERAJAAN BERSETUJU PERTIMBANGKAN PENGELUARAN KHAS KWSP 2.0

Selaku Timbalan Menteri Kewangan 2, YB Tuan Mohd Shahar Bin Abdullah telah menyatakan pada Dewan Rakyat baru-baru ini bahawa pihak kerajaan bersetuju untuk pertimbangkan pengeluaran khas KWSP 2.0.

Beliau turut berkata, semua input berkaitan bagaimana untuk kerajaan perhebatkan lagi dan pertingkatkan nilai simpanan KWSP sedang dikaji rapi dan sudah tentu KWSP 2.0 juga adalah antara salah 1 perkara yang sedang kerajaan pertimbangkan pada masa ini untuk masa akan datang.

”Hal ini kerana banyak perkara lagi strategik yang kerajaan akan gunakan untuk pastikan platform KWSP menjadi insurans pada mereka yang bekerja”

Pentingnya sekarang kerajaan sedang teliti bagi menangani masalah bagaimana peluang pekerjaan di pasaran, kadar gaji minimum diberikan kepada majikan dan seterusnya kerajaan juga turut bantu bukan sahaja sektor formal mahupun tidak formal supaya kadar kesedaran perancangan pasaran dan celik kewangan rakyat Malaysia dapat kerajaan optimumkan sebaiknya.

KWSP BERSASAR

Terdapat lagi 1 usaha dalam mendesak pihak kerajaan bagi dapat membenarkan pengeluaran khas KWSP 2.0 ini. Sebuah pertubuhan iaitu Gagasan Inovasi Rakyat yang telah melancarkan kempen #KWSPBersasar. Sokongan-sokongan daripada ahli KWSP amat diperlukan agar mereka meletakan # tersebut di status media sosial seperti Twiter, Facebook, Telegram dan sebagai nya.

Ini adalah bagi tujuan agar pertemuan rasmi dengan Perdana Menteri dapat dipercepatkan bagi membincangkan kebenaran Pengeluaran Khas KWSP 2.0 dapat dilancarkan.

SIGN PETISYEN SOKONGAN PENGELUARAN KWSP 2.0

Pada bulan Julai lalu, satu petisyen sebagai tanda sokongan terhadap pengeluaran khas KWSP 2.0 telah dilancarkan. Setakat ini sudah mencecah 300,000 tandatangan sokongan petisyen tersebut. Kempen ini dilancarkan oleh rakyat yang juga merupakan ahli KWSP tanpa penglibatan dari mana-mana pihak politik dalam negara.

Sekiranya anda ingin semak petisyen sokongan tersebut, anda boleh layari laman rasmi petisyen – DI SINI

Melihat dari situasi ini, sangat jelas sekali golongan yang sangat memerlukan amat perlukan langkah tersebut bagi melangsungkan kehidupan mereka dengan keadaan ekonomi tidak menentu sekarang.

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button