KWSPPengeluaran Khas

Pengeluaran Khas KWSP Melalui Akaun 2 Yang Diluluskan

Pada waktu ini tahukah anda, bahawa terdapat banyak jenis pengeluaran yang boleh anda lakukan selagi menepati syarat dan kriteria yang telah ditetapkan oleh pihak KWSP untuk pengeluaran di AKAUN 2 KWSP. Duit tersebut merupakan wang para pencarum sendiri yang terkumpul dalam tabung dan caruman yang dibuat melalui pengeluaran Akaun 2 KWSP masing-masing (semasa).

Pengeluaran Akaun 2 KWSP adalah bagi tujuan peribadi ahli sendiri dan tujuan untuk membina rumah atau mengubah suai rumah untuk peribadi , pendidikan dan lain-lain perkara sebenarnya dibenarkan untuk mengeluarkan pengeluaran KWSP akaun 2. Kemudahan Pengeluaran Akaun 2 KWSP kini dibenarkan bagi para pencarum yang mempunyai tujuaan seperti yang telah disenaraikan. Ramai yang tidak berpuas hati ekoran kesulitan untuk melakukan pengeluaran wang KWSP dalam akaun mereka.

Pengeluaran Khas KWSP Akaun 2 Bertujuan Peribadi

Di halaman kali ini telah disediakan untuk rujukan, anda boleh semak maklumat termasuk jenis pengeluaran, borang permohonan, panduan mohon duit pengeluaran akaun 2 KWSP untuk tujuan peribadi pada tahun 2022.

Pembayaran Ibadah Haji

Bagi mengurangkan beban kos menunaikan ibadah haji ahli, wang daripada akaun 2 anda boleh dikeluarkan dengan cara membuat permohonan pengeluaran KWSP i-akaun untuk tujuan pembelanjaan haji dan tujuan daftar haji dengan pihak Lembaga Tabung Haji.

Pengeluaran Untuk Pembelian Rumah

Pihak KWSP telah menyediakan kemudahan untuk membantu ahli memiliki rumah sendiri pertama sama ada melalui pembinaan baru , rumah subsale, rumah lelong atau beli melalui Rumah Mesra Rakyat (RMR) 2022.

Pembayaran Rawatan Perubatan

Sekiranya anda menghadapi masalah melibatkan kesihatan dan terlibat 36 penyakit kritikal , anda boleh membuat pengeluaran pada akaun 2 KWSP bagi tujuan menampung kos perubatan dan pembelian alat kesihatan.

Pengeluaran Untuk Pendidikan

Kepada yang ingin menyampung pelajaran pengajian tinggi pelu membayar yuran yang agak mahal untuk menikmati kemudahan Universiti pilihan. Pihak KWSP telah memberikan pilihan dan kemudahan pengeluaran EPF untuk ahli menampung pengajian tinggi anak anda jika kemudahan pinjaman PTPTN tidak dapat menampung.

Semakan Syarat Dan Permohonan Pengeluaran

Bagi ahli KWSP yang ingin membuat pengeluaran khas untuk tujuan peribadi tersedia, anda boleh semak terma dan syarat melalui portal rasmi KWSP – DI SINI

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button