AsasiBANTUANKPMPelajar

Rasmi : Bantuan Kewangan Asasi & Elaun Wang Saku RM2,500

Rasmi : Bantuan Kewangan Asasi beserta elaun wang saku berjumlah RM2,500 diberikan setahun kepada mereka yang berkelayakan. Seperti sedia maklum, inisiatif khas ini merupakan sebahagian bantuan khas yang disediakan pada tahun 2024.

RASMI : BANTUAN KEWANGAN ASASI

Pelbagai jenis insentif bantuan tunai telah ditawarkan oleh kerajaan khusus untuk golongan kategori B40 dan M40 bagi mengurangkan beban mereka. Salah satu program bantuan yang boleh dimohon pada tahun ini adalah bantuan kewangan asasi dan elaun wang saku.

Untuk makluman umum, pemberian bantuan khas asasi ini merupakan insentif di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Permohonan dibuka khusus untuk para pelajar yang menepati kriteria kelayakan pada tahun ini.

Tujuan utama perlaksanaan program khas bantuan ini adalah membantu para pelajar yang melanjutkan pendidikan di peringkat asasi di Universiti awam. Dengan adanya insentif seperti ini akan memberi manfaat kepada golongan belia terutama yang minat dalam urusan pendidikan.

KADAR BANTUAN KEWANGAN ASASI

Untuk sedia maklum, kadar pemberian bantuan khas ini telah ditetapkan dan dipecahankan dalam setahun mengikut tempoh pengajian seperti :

  • Yuran pengajian serta yuran penginapan : RM1,420 setahun
  • Elaun wang saku : RM2,500 setahun
  • Modal tambang penerbangan sekali (pergi dan balik bagi pelajar menetap di Sabah, Sarawan dan Labuan).

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN ASASI 2024

Beberapa kriteria syarat kelayakan asas telah ditetapkan bagi permohonan bantuan Asasi pada tahun ini seperti di bawah :

  • Warganegara Malaysia
  • Bantuan pembiayaan kewangan ini adalah khusus untuk para pelajar yang mengikut program bertaraf asasi di universiti awam
  • Pendapatan isi rumah (keluarga) dari kelompok M40 dan B40
  • Syarat kelayakan masuk lulus SPM atau setaraf denganya
  • Kursus pengajian telah diperakui serta diluluskan oleh pihak Jabatan Pendidikan Tinggi dan Kementerian Pendidikan Malaysia.

PANDUAN DAFTAR PERMOHONAN BANTUAN ASASI

Kepada mereka yang berkelayakan dan memerlukan, permohonan boleh dikemukakan secara dalam talian (Online). Panduan lengkap cara mohon dan butiran lengkap telah disediakan, sila layari laman portal rasmi bahagian bantuan – Biasiswa & Pembiayaan (KPM)

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat lebih banyak jenis kemudahan serta insentif berbentuk bantuan telah disediakan oleh kerajaan perpaduan bagi meringankan beban rakyat. Sila lihat senarai bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk didapatkan – SEMAK DISINI sebagai rujukan umum masyarakat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button