BANTUANFasa 2inisiatif bantuanSTR 2025

STR 2025 Fasa Kedua : Semakan Status Pembayaran

STR 2025 Fasa Kedua – Seperti yang sedia maklum, Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah salah satu inisiatif penting di bawah bajet belanjawan. Inisiatif ini diperkenalkan bagi bertujuan untuk membantu golongan yang memerlukan.

Program ini diharapkan dapat memberikan sokongan kewangan kepada golongan yang terjejas dan meningkatkan taraf hidup mereka.

PERLAKSANAAN STR 2025 FASA KEDUA

Untuk makluman umum, pemberian bantuan tunai STR kali ini akan memberi manfaat kepada lebih 9 juta penduduk Malaysia. Kategori yang layak menerima insentif ini adalah bujang, isi rumah dan warga emas.

Pembayaran berikutnya bagi Fasa 2 STR dijadualkan untuk disalurkan secara rasmi pada suku kedua tahun ini. Walau bagaimanapun, tarikh rasmi bagi pembayaran fasa kedua tersebut masih belum diumumkan.

Jadual pembayaran ini adalah penting untuk diambil perhatian, dan kami menyarankan agar anda sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai perkara ini. Untuk memastikan anda tidak terlepas maklumat penting berkenaan tarikh bayaran, kami akan mengemaskini segala maklumat terkini dari semasa ke semasa.

Dengan cara ini, anda dapat merancang kewangan anda dengan lebih baik dan memahami bagaimana STR boleh membantu dalam meningkatkan keadaan kewangan anda.

KADAR BAYARAN STR 2025 FASA KEDUA

Berikut adalah jumlah jangkaan bayaran fasa kedua STR 2025 mengikut kelayakan setiap kategori :

KATEGORI KELUARGA PENDAPATAN DIBAWAH RM2,500 SEBULAN

  • Tiada anak : RM200
  • Bilangan anak (1-2) : RM300
  • Bilangan anak (3-4) : RM400
  • Bilangan anak (lebih 5) : RM500

KELUARGA PENDAPATAN DIBAWAH RM5,000 SEBULAN

  • Tiada anak : RM100
  • Bilangan anak (1-2) : RM200
  • Bilangan anak (3-4) : RM300
  • Bilangan anak (lebih 5) : RM400

KATEGORI BELIA BUJANG SERTA WARGA EMAS

  • Belia bujang (21 tahun keatas) : RM150
  • Warga emas tiada pasangan : RM200

SEMAKAN STATUS PEMBAYARAN STR 2025

Bagi pengetahuan umum, kalian boleh membuat semakan status pembayaran STR mengikut setiap fasa. Untuk semakan status, kemaskini atau permohonan, sila layari laman rasmi MySTR – https://bantuantunai.hasil.gov.my/

MAKLUMAT SELANJUTNYA

Terdapat lebih banyak lagi program, kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan kewangan telah disediakan oleh kerajaan MADANI sepanjang tahun ini. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada dan berkelayakan untuk dimohon – SEMAK DISINI sebagai rujukan.

Related Articles

Back to top button