KWSPPengeluaran sebahagian

Pengeluaran Khas Sebahagian KWSP : Dibenarkan Pada Bulan Ini

Pengeluaran Khas Sebahagian KWSP dibenarkan kepada ahli yang memerlukan pada tahun ini selagi menepati kelayakan. Untuk makluman, pelbagai kemudahan pengeluaran yang telah disediakan oleh pihak KWSP bagi membantu ahli.

PENGELUARAN KHAS SEBAHAGIAN KWSP

Kepada yang terlepas pandang, tahukah anda sebenarnya pencarum boleh membuat pengeluaran wang simpanan secara sebahagian dan sepenuhnya. Pengeluaran boleh dilakukan untuk tujuan peribadi tertentu yang telah ditetapkan.

Apa yang menarik adalah e-pengeluaran KWSP boleh dilakukan secara online dan permohonan boleh dikemukan pada bila-bila masa dan dimana jua. Berikut dikongsikan beberapa jenis pengeluaran khas sebahagian KWSP serta syarat kelayakan yang dibenarkan pada bulan ini.

PENGELUARAN KHAS KWSP (50 TAHUN)

Syarat kelayakan :

  • Terbuka kepada Warganegara Malaysia dan bukan warganegara
  • Mempunyai baki simpanan wang dalam akaun KWSP
  • Berumur 50 hingga 55 tahun

PENGELUARAN KHAS SEBAHAGIAN (KESIHATAN)

Syarat kelayakan :

  • Warganegara dan bukan warganegara
  • Mempunyai baki simpanan wang KWSP dalam akaun 2
  • Berumur 55 tahun dan ke bawah
  • Ahli tidak menerima rawatan alternatif
  • Mempunyai penyakit kronik atau peralatan bantuan yang diluluskan KWSP

PERUMAHAN (FLEKSIBEL)

Syarat kelayakan :

  • Warganegara Malaysia dan penduduk tetap (PR)
  • Berumur 54 tahun kebawah (Membeli atau membina rumah)
  • Pencarum mempunyai pinjaman perumahan dengan mana-mana institusi kewangan yang diiktiraf KWSP

PENGELUARAN SEBAHAGIAN (MEMBELI/ MEMBINA RUMAH)

Syarat kelayakan :

  • Warganegara Malaysia dan bukan warganegara
  • Wajib berumur 50 tahun ke bawah
  • Mempunyai sekurang-kurangnya baki simpanan dalam akaun 2 KWSP RM500
  • Rumah hendaklah tidak melebihi (3) tiga tahun dari tarikh permohonan dilakukan
  • Akan membeli tanah dan membina rumah diatas tanah tersebut

IBADAH HAJI

Syarat kelayakan :

  • Warganegara Malaysia
  • Beragama islam
  • Berumur 55 tahun dan ke bawah
  • Ahli dipilih untuk menunaikan ibadah haji oleh Lebaga Tabung Haji (LTH)

SIMPANAN MELEBIHI 1 JUTA

Syarat kelayakan :

  • Warganegara Malaysia dan bukan warganegara
  • Mempunyai baki simpanan KWSP melebihi 1 juta
  • Berumur 55 tahun ke bawah

LANGKAH CARA MOHON E-PENGELUARAN SEBAHAGIAN

Untuk makluman, terdapat beberapa lagi jenis pengeluaran KWSP sebahagian yang dibenarkan. Bagi ahli yang ingin membuat pengeluaran, cara permohonan telah disediakan di laman rasmi e-pengeluaran KWSP – DI SINI

Kemudahan pengeluaran ini tidak merugikan seperti untuk tujuan beli atau bina rumah, kerana ia akan menjadi aset bagi anda di masa hadapan.

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat lebih banyak kemudahan serta inisiatif khas berbentuk bantuan yang telah ditawarkan oleh kerajaan pada tahun ini. Sila semak senarai bantuan yang ada pada bulan ini dan berkelayakan untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk info penuh.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button