BANTUANKerajaanSTR

Bantuan 1 Keluarga RM2000 Untuk Golongan B40

Bantuan 1 keluarga berjumlah RM2,000 untuk golongan B40 kategori isi rumah telah diumumkan oleh pihak kerajaan. Untuk makluman, pemberian sumbangan tunai rahmah (STR) adalah merupakan inisiatif baru diperkenalkan pada tahun ini khusus untuk golongan sasar iaitu B40 dan miskin.

Pembayaran STR fasa 1 telah selesai diberikan dengan peruntukan berjumlah RM1.6 bilion yang telah diedarkan ke seluruh rakyat Malaysia yang berkelayakan. Manakala pemberian fasa berikutnya akan dipercepatkan seawal bulan April atau selewat-lewatnya sebelum sambutan hari raya aidilfitri tahun ini.

Perkara ini perlu disegerakan bagi membantu meringankan golongan yangm memerlukan bagi membuat persiapan raya. Walaupun jumlah bayaran tidak banyak tetapi ia memberi manfaat kepada mereka yang benar-benar terjejas.

BANTUAN 1 KELUARGA RM2000

Untuk sedia maklum, kategori yang akan menerima bantuan 1 keluarga berjumlah RM2000 adalah golongan keluarga (isi rumah). Yang mempunyai pendapatan bulanan dibawah RM2,500 dan mempunyai tanggungan anak 2-3 orang.

JUMLAH BAYARAN MENGIKUT KATEGORI

Kepada yang terlepas pandang, berikut telah disediakan kadar jumlah lengkap yang akan diterima oleh penerima Sumbangan tunai rahmah (STR) mengikut kategori seperti dibawah :

KATEGORI BUJANG

  • RM350

WARGA EMAS (TIADA PASANGAN)

  • RM600

ISI RUMAH (PENDAPATAN BULANAN RM2,500 KEBAWAH)

  • RM1,000 – Tiada tanggungan anak
  • RM1,500 – Mempunyai tanggungan anak 1-2 orang
  • RM2,000 – Mempunyai tanggungan anak 3-4 orang
  • RM2,500 – Mempunyai tanggungan anak 5 orang keatas

ISI RUMAH (PENDAPATAN BULANAN RM2,501 – RM5,000)

  • RM500 – Tiada tanggungan anak
  • RM750 – Mempunyai tanggungan anak 1-2 orang
  • RM1,000 – Mempunyai tanggungan anak 3-4 orang
  • RM1,250 – Mempunyai tanggungan anak 5 orang keatas

Nota : Pihak kerajaan telah memperkenalkan bantuan tambahan berjumlah RM600 yang ditawarkan kepada golongan isi rumah miskin tegar. Bantuan tersebut berbentuk bakul makanan dan baucar makanan asas.

KEMASKINI MAKLUMAT STR 

Kepada mereka yang masih belum kemaskini maklumat STR atau individu yang ingin membuat perndaftaran permohonan baru. Pengemaskian masih dibuka sehingga tarikh tutup pada 31 Mac 2023.

Anda disarankan membuat kemaskini maklumat peribadi untuk penbayaran fasa-fasa berikutnya. Sila layari portal rasmi MySTR – DI SINI selepas ini kemungkinan tiada lagi dibuka untuk kemaskini maklumat.

MAKLUMAT LANJUT

Selain daripada bantuan 1 keluarga STR ini, terdapat lebih banyak inisiatif berbentuk bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh kerajaan untuk membantu rakyat yang memerlukan. Kepada yang terlepas pandang, sila semak senarai bantuan yang ada pada tahun ini yang berkelayakan untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk rujukan umum.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button