Pengeluaran Khas 2.0

Maklum Balas Pihak KWSP Mengenai Pengeluaran Khas 2.0

Pada suku pertama tahun 2022, pihak KWSP telah membenarkan pengeluaran khas KWSP 10,000 kepada pada pencarum. Namun hari ini isu hangat diperkatakan berkenaan perlaksanaan pengeluaran khas KWSP kali kedua sama ada diluluskan ataupun tidak.

Terdapat pelbagai usaha telah dibuat seperti petisyen sokongan dan borang aduan sudah dilancarkan sebagai tanda sokongan agar pihak kerajaan meluluskan pengeluaran khas 2.0.

Jika kita lihat di platform Media sosial lebih-lebih lagi Facebook, ramai rakyat Malaysia mengharapkan agar pengeluaran khas kali kedua dapat kelulusan dan dilaksanakan. Dengan adanya pengeluaran 2.0 sekurangnya dapat menanggung kos pembelanjaan pada tahun ini dalam ekonomi yang kurang stabil.

Terkini, pihak KWSP telah memberikan maklum balas mengenai pengeluaran khas KWSP 2.0 ini seperti dibawah.

MAKLUM BALAS PIHAK KWSP MENGENAI PENGELUARAN KHAS 2.0

Pada bulan Ogos 2022 pihak KWSP telah memberikan maklum balas melalui laman rasmi Facebook KWSP setelah seorang pengguna bertanyakan, adakah perlaksanaan pengeluaran khas 2.0. Ada ataupun tidak?

Pihak KWSP telah memberikan maklum balas seperti berikut:

“Hi! Setakat ini, tiada lagi pengeluaran khas 2.0 akan dilaksanakan. Mohon berhati-hati dengan maklumat yang ditularkan berkaitan pengeluaran 10,000 melalui laman media sosial serta whatsapp..”

Pihak KWSP turut meminta agar semua pihak dapat berhati-hati dalam mengisi mana-mana borang yang bukan dikeluarkan secara rasmi oleh pihak KWSP atau Kerajaan. Hal ini kerana dikuatiri maklumat data anda akan digunakan untuk tujuan tidak baik.

Sekiranya anda ingin membuat pengeluaran untuk tujuan peribadi, pihak KWSP telah menyediakan pengeluaran khas melalui Akaun 2 yang boleh para pencarum membuat pengeluaran wang.

PENGELUARAN KHAS MELALUI AKAUN 2 KWSP

Di bawah telah disediakan senarai bagi pengeluaran wang KWSP melalui akaun 2 yang boleh dibuat.

  • Pembayaran ibadah haji
  • Pengeluaran untuk pembelian atau ubah suai rumah
  • Pembayaran rawatan perubatan
  • Pengeluaran untuk pendidikan

Sekiranya anda ingin mengetahui lebih maklumat mengenai kemudahan pengeluaran yang disediakan oleh pihak KWSP, sila layari Portal Rasmi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) – DI SINI

NOTA TAMBAHAN

Pihak Kerajaan telah menyediakan pelbagai pakej bantuan berbentuk tunai kepada rakyat yang berkelayakan memerlukan pada tahun ini. Jika anda ingin semak senarai bantuan yang ada yang berkelayakan untuk anda dapatkan, sila ke laman utama yang telah disediakan – KLIK DI SINI

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button