Pengeluaran Khas 2.0

Maklumat Terkini Mengenai KWSP 2.0 : Ada Atau Tidak?

Berkenaan perlaksanaan pengeluaran khas KWSP 2.0 menjadi perbualan ramai baru-baru ini lbih-lebih lagi kepada pada pencarum KWSP. Ramai yang mengharapkan perlaksanaan pengeluaran kali kedua, ditambah lagi ada pihak yang memperjuangkan agar pengeluaran khas 2.0 dapat dilaksanakan sekali lagi.

Terdapat petisyen sokongan dibuka dan sehingga hari ini telah mencapai 100,000 yang telah menandatangani petisyen tersebut. Sampai sekarang masih belum ada lagi berita pengeluaran pembukaan semula pengeluaran khas KWSP yang masyarakat umum memanggil sebagai KWSP 2.0.

Melalui pelbagai media sosial terutama Facebook, ramai yang bertanyakan jika terdapat pengeluaran WSP 2.0 atau ada tarikh yang akan dilaksanakan. Di bawah adalah respon daripada pihak KWSP setakat ini.

Jawapan dari pihak KWSP berkenaan Pengeluaran Khas KWSP 2.0

Setakat ini, tiada pengeluaran khas 2.0 bakal dilaksanakan. Untuk sedia maklum, pihak berwajib masih mengkaji berkenaan hal tersebut. Buat masa ini, jika ahli KWSP ingin mengeluarkan pengeluaran untuk tujuan peribadi, terdapat banyak jenis pengeluaran yang boleh dibuat melalui akaun 1 dan akaun 2. Sila layari Laman Rasmi KWSP – KLIK DI SINI

Jangan Kongsikan Maklumat Peribadi

Sebelum ini, pihak KWSP telah meminta agar semua orang dapat mengambil langkah berjaga-jaga dalam mengisi borang yang bukan rasmi dari pihak Kerajaan dan KWSP. Ini kerana dirisaukan maklumat peribadi anda digunakan untuk tujuaan tidak sepatutnya.

Maklumat Lanjut

Pada tahun 2022, pihak Kerajaan telah menyediakan pelbagai jenis pakej inisiatif khususnya bantuan berbentuk kewangan, sekiranya anda terlepas pandang dan ingin semak senarai bantuan yang ada pada tahun ini, sila ke halaman utama –  DI SINI

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button