KWSPPengeluaran Khas 2.0

TERKINI : KWSP Benarkan Pengeluaran Khas Melalui Akaun 2 Setiap Ahli

Untuk sedia maklum, ramai pencarum KWSP yang tidak berpuas hati berikutan kesulitan untuk melakukan pengeluaran wang KWSP sehingga ada petisyen sokongan perlaksanaan dibuat. Sehingga hari ini sudah mencecah 95,000 orang telah menandatangani petisyen tersebut. Jika anda turut menyokong, anda boleh semak petisyen sokongan – DI SINI

Tahukah anda, terdapat banyak jenis pengeluaran tersedia yang boleh anda buat selagi menepati syarat dan kreteria yang telah ditetapkan oleh pihak KWSP. Kepada setiap ahli KWSP dibenarkan melakukan pengeluaran wang dari akaun 2 untuk tujuan penting seperti ubah suai atau bina rumah, untuk peribadi dan lain-lain.

Pengeluaran Wang Di Akaun 2

Di bawah telah disediakan perkara yang membolehkan anda membuat pengeluaran wang KWSP di akaun 2 untuk tujuan peribadi seperti berikut :

Pengeluaran Wang Untuk Pembelian Rumah Sendiri

  • Untuk sedia maklum, pihak KWSP telah menyediakan kemudahan untuk membantu para pencarum bagi memiliki rumah sendiri sama ada melalui pembelian rumah lelong, pembinaan rumah sendiri, pembelian rumah subsale atau membeli rumah melalui skim Rumah Mesra Rakyat yang diperkenalkan oleh Kerajaan.

Pengeluaran Wang Untuk Pendidikan

  • Jika anda mempunyai anak yang sedang melanjutkan pengajian ke peringkat pengajian tinggi, kebiasaannya memerlukan modal yang banyak untuk membayar yuran yang mahal untuk menggunakan perkhidmatan universiti. Pihak KWSP menyediakan pilihan dan kemudahan pengeluaran EPF untuk keluarga menampung pengajian anak sekiranya pijaman PTPTN tidak dapat penampung.

Pengeluaran Wang Untuk Pembayaran Kos Rawatan Perubatan

  • Sekiranya anda mempunyai masalah kesihatan, anda dibenarkan membuat pengeluaran pada akaun 2 untuk tujuan menampung kos perubatan dan pembelian peralatan jenis kesihatan.

Pengeluaran Wang Untuk Ibadah Haji

  • Sekiranya anda merupakan calon menunaikan haji, duit daripada akaun 2 anda boleh dikeluarkan dengan cara membuat permohonan pengeluaran KWSP i-Akaun untuk tujuan pembelanjaan peribadi haji dan daftar haji dengan lembaga Tabung Haji.

Maklumat Lanjut 

Pada tahun 2022, pihak kerajaan telah melaksanakan pelbagai jenis inisiatif khususnya bantuan berbentuk kewangan bagi membantu Keluarga Malaysia terutama kepada golongan yang berpendapatan rendah. Jika anda terlepas pandang dan ingin semak senarai bantuan yang ada pada tahun ini yang berkelayakan untuk anda mohon, sila ke laman utama yang telah disediakan di ruangan – KLIK DI SINI

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button