KWSPPengeluaran Penuh

Pengeluaran KWSP Penuh Dibenarkan Untuk 4 Kategori Ini

Pengeluaran KWSP penuh dibenarkan untuk 4 kategori yang telah disediakan untuk pencarum selagi menepati syarat kelayakan yang telah ditetapkan. Untuk sedia maklum, pengeluaran khas KWSP secara bersasar tidak dapat diluluskan atas sebab tertentu.

Namun, para pencarum ahli KWSP boleh membuat pengeluaran sebahagian atau penuh jika memenuhi kriteria kelayakan. Kemudahan ini bagi tujuan memudahkan ahli KWSP untuk membuat persediaan menghadapi hari persaraan yang lebih menjamin dan selesa.

PENGELUARAN KWSP PENUH YANG DIBENARKAN

Terdapat 4 kategori pengeluaran KWSP penuh yang boleh dilakukan oleh pencarum yang melengkapi syarat kelayakan. Kepada anda yang ingin membuat pengeluaran penuh, sila semak kategori yang dibenarkan seperti dibawah.

PENGELUARAN MENCAPAI UMUR 55 TAHUN

Kepada ahli KWSP yang telah mencapai umur matang 55 tahun, secara automatik anda telah layak masuki umur persaraan. Caruman terkumpul di dalam akaun 1 dan akaun 2 akan digabungkan ke dalam akaun 55.

Ahli boleh mengeluarankan kesemua wang atau sebahagian dari simpanan akaun ini pada bila-bila masa dan dimana jua anda berada.

MENINGGALKAN NEGARA

Ramai yang tidak tahu, kepada ahli / pencarum KWSP yang telah melepaskan atau melucutkan taraf kewarganegaraan Malaysia untuk berhijrah ke negara lain. Mereka boleh membuat pengeluaran KWSP penuh selagi menepati syarat kelayakan seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia
  • Pekerja asing
  • Penduduk tetap
  • Ekspatriat

Kepada ahli KWSP yang berniat atau bercadang untuk berhijrah ke negara lain, anda boleh memilih untuk membuat pengeluaran penuh KWSP. Perkara ini bagi memudahkan pencarum untuk memulakan hidup baru di negara lain.

HILANG UPAYA

Bagi kemudahan pengeluaran kategori hilang upaya, anda boleh mengeluarankan kesemua wang simpanan KWSP sekiranya keadaan keupayaan mental atau fizikal terjejas. Dan mengganggu anda untuk melakukan pekerjaan.

Proses pengeluaran ini juga perlu ada pengesahan dari pegawai perubatan berkenaan hilang upaya secara fizikal ataupun mental.

KEMATIAN

Kepada pencarum yang mehadapi musibah kematian (meninggal dunia) simpanan KWSP mereka merupakan jaminan kepada orang tersayang iaitu pewaris. Pengeluaran penuh boleh dilakukan oleh pewaris.

Kepada ahli yang ingin membuat pegeluaran KWSP penuh berdasarkan kategori seperti diatas, anda boleh semak kelayakan dan membuat permohonan. Sila layari portal rasmi KWSP – DI SINI

MAKLUMAT LANJUT

Pada tahun ini, pihak kerajaan telah memperkenalkan pelbagai jenis inisiatif khususnya berbentuk bantuan kewangan yang ditawarkan kepada rakyat yang memerlukan. Kepada yang terlepas pandang, sila semak senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk anda mohon – SEMAK DISINI untuk rujukan penuh.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button