FSA2KWSPPengeluaran KWSP

Rasmi : Pengeluaran KWSP Khas Melalui FSA2 Dibenarkan

Rasmi : Pengeluaran KWSP Khas melalui FSA2 kini telah dibenarkan kepada ahli/ pencarum yang menepati kriteria kelayakan ditetapkan. Untuk sedia maklum, permohonan pengeluaran khas bersyarat ini boleh dikemukakan pada bulan ini.

RASMI : PENGELUARAN KWSP KHAS MELALUI FSA2

Buat mereka yang terlepas pandang, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah memperkenalkan sebuah kemudahan pengeluaran pada tahun ini. Program skim Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2) telah mula dilancarkan pada 7 April lalu.

Untuk makluman, program khas ini akan dilaksanakan secara 2 fasa yang melibatkan syarat dan jumlah dibenarkan yang berlainan. Buat masa ini, permohonan bagi pengeluaran melalui FSA2 fasa 1 telahpun dibuka sepanjang tahun ini.

Tujuan utama kerajaan memperkenalkan fasiliti sokongan akaun 2 ini adalah bagi membolehkan ahli yang berkelayakan memerlukan untuk membuat permohonan awal pengeluaran bersyarat.

Dengan adanya kemudahan seperti ini dapat membantu pencarum untuk mendapatkan pembiayaan peribadi dari institusi perbankan. Untuk fasa 1, bank yang terlibat adalah MBSB dan Bank Simpanan Nasional (BSN).

KADAR PENGELUARAN KHAS KWSP YANG DIBENARKAN

Melalui pengeluaran FSA2 KWSP, kadar yang dibenarkan adalah serendah RM3,000 dan maksimum sehingga RM50,000. Jumlah tertakluk terma dan syarat, pengeluaran pembiayaan ini boleh dilakukan secara one-off.

KRITERIA KELAYAKAN PENGELUARAN KHAS FSA2 KWSP

Syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan adalah seperti berikut :

  1. Ahli KWSP
  2. Warganegara Malaysia sahaja
  3. Umur belum mencapai 55 tahun (Syarat fasa 1)
  4. Mematuhi terma dan syarat yang ditetapkan oleh pihak bank
  5. Permohonan boleh dilakukan sekali sahaja
  6. Mempunyai minimum simpanan dalam akaun 2, RM3,000
  7. Pengeluaran bersyarat maksimum RM50,000

PANDUAN KEMUKAKAN PERMOHONAN

Kepada ahli KWSP yang memerlukan dan berkelayakan, permohonan boleh dilakukan secara online pada bulan ini. Panduan daftar permohonan telah disediakan, sila layari laman rasmi FSA2 KWSP – DI SINI

Info : Berkenaan perlaksanaan pengeluaran FSA2 KWSP bagi fasa 2 akan dimaklumkan selepas pengumuman rasmi dari kerajaan. Segala maklumat berkenaan KWSP akan dikemaskini dari semasa ke semasa sebagai rujukan umum.

MAKLUMAT LANJUT

Kerajaan persekutuan dan negeri telah menyediakan pelbagai jenis kemudahan serta inisiatif berbentuk bantuan kepada rakyat yang terjejas. Sila lihat senarai bantuan yang ada dan layak untuk didapatkan – SEMAK DISINI untuk maklumat lengkap.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button