BANTUANFasa 2STRSumbanganTunaiRahmah

Bantuan STR Fasa-2 : Pembayaran Pada Bulan April 2024

Bantuan STR Fasa-2 : Pembayaran akan mula disalurkan secara berperingkat pada bulan April 2024 kepada seluruh penerima. Untuk makluman, pengkreditan bantuan tunai STR fasa berikutnya dijangkakan akan lakukan sebelum menyambut hari raya.

BAYARAN BANTUAN STR FASA-2 (2024)

Seperti sedia maklum, bayaran bagi bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (Fasa 1) telahpun selesai dibayar pada penghujung bulan Januari lalu. Kini tidak lama lagi sekitar bulan April nanti akan dibayar bagi fasa berikutnya.

Apa yang menarik adalah jadual fasa kedua bayaran bantuan STR ditetapkan pada bulan April adalah dapat memberi insentif untuk persiapan menyambut raya aidilfitri. Dijangkakan kategori yang akan terlibat bagi bayaran fasa 2 nanti adalah isi rumah, bujang dan warga emas.

JADUAL BAYARAN BANTUAN STR MENGIKUT FASA

Pihak kerajaan telah memaklumkan jadual rasmi bagi pemberian insentif bantuan STR bagi sesi tahun 2024 mengikut fasa seperti di bawah :

  • Sumbangan Tunai Rahmah (Fasa 1) : Bayaran bermula 29 Januari 2024 (Selesai)
  • Sumbangan Tunai Rahmah (Fasa 2) : Bayaran bermula bulan April 2024 (Tarikh akan dikemaskini)
  • Sumbangan Tunai Rahmah (Fasa 3) : Bayaran bermula bulan Ogos 2024 (Tarikh akan dikemaskini)
  • Sumbangan Tunai Rahmah (Fasa 4) : Bayaran bermula bulan November 2024 (Tarikh akan dikemaskini).

KADAR BAYARAN BANTUAN STR FASA-2

Bagi pengetahuan umum, kadar bayaran rasmi bagi fasa kedua STR masih belum dimaklumkan. Dibawah dikongsikan kadar jumlah keseluruhan yang dibayar bagi tahun ini mengikut kategori penerima.

KATEGORI BELIA BUJANG (21 – 59 TAHUN)

  • RM350 seorang

WARGA EMAS TIADA PASANGAN (60 TAHUN KEATAS)

  • RM600 seorang

KATEGORI KELUARGA/ ISI RUMAH PENDAPATAN (RM2,500)

  • Tiada anak (0) : RM1,000
  • Bilangan anak (1-2) : RM1,500
  • Bilangan anak (3-4) : RM2,000
  • Bilangan anak (5 dan lebih) : RM2,500

KELUARGA/ ISI RUMAH PENDAPATAN (RM5,000)

  • Tiada anak (0) : RM500
  • Bilangan anak (1-2) : RM750
  • Bilangan anak (3-4) : RM1,000
  • Bilangan anak (5 dan lebih) : RM1,250

SEMAKAN STATUS BAYARAN & KEMASKINI STR 2024

Untuk sedia maklum, pihak kerajaan telah membuka pendaftaran baharu dan kemaskini maklumat sepanjang tahun ini. Untuk membuat semakan status bayaran, pengemaskinian maklumat dan daftar baharu, sila layari laman portal rasmi bantuan – STR 2024

MAKLUMAT LANJUT

Kerajaan perpaduan telah menyediakan lebih banyak jenis kemudahan serta inisiatif berbentuk bantuan bagi membantu meringankan beban rakyat Malaysia. Kepada yang terlepas pandang, kalian boleh lihat senarai bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk didapatkan – SEMAK DISINI sebagai rujukan umum masyarakat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button